Quantcast
Channel: Jalan Akhirat
Viewing all 270 articles
Browse latest View live

Mimpi Rasulullah saw

$
0
0

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: “SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT”



Kenapa Ralullah saw larang minum berdiri

$
0
0

Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.
Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.

Terus menuju kandungan air kencing. Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.

Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.

Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: “Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri”. Qatadah berkata, “Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk.”

Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat. Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras.

Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.
Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.

Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna.

Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.

Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.
Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus.

Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak.

Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut. Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk.

Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.

Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata: “Lihatlah orang itu duduk seperti budak.”

Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: “Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak.” Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan.

Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya, “Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan” (HR Bukhari).


10 pintu syaitan di alam nyata

$
0
0

Pintu-pintu tersebut tidak boleh terbuka kecuali jika seseorang mengetahui pintu-pintu tadi. Syaitan tidak boleh terusir dari pintu tersebut kecuali jika seseorang mengetahui cara syaitan memasukinya.

Cara syaitan untuk masuk dan apa saja pintu-pintu tadi adalah sifat seorang hamba dan jumlahnya amatlah banyak.

Pada masa ini kami akan menunjukkan pintu-pintu tersebut yang merupakan pintu terbesar yang setan biasa memasukinya. Semoga Allah memberikan kita pemahaman dalam permasalah ini.

Pintu pertama:
Ini adalah pintu terbesar yang akan dimasuki syaitan iaitu hasad (dengki) dan tamak. Jika seseorang begitu tamak pada sesuatu, ketamakan tersebut akan membutakan, membuat tuli dan menggelapkan cahaya kebenaran, sehingga orang seperti ini tidak lagi mengenal jalan baik atau buruk.

Begitu pula jika seseorang memiliki sifat hasad, syaitan akan menghias-hiasi sesuatu seolah-olah menjadi baik sehingga disukai oleh syahwat padahal hal tersebut adalah sesuatu yang mungkar.

Pintu kedua:
Iaitu marah. Ketahuilah, marah dapat merosak akal. Jika akal lemah, pada masa itulah tentara syaitan akan melakukan serangan. Mereka akan mentertawakan manusia jika manusia terbawa amarah. Pada keadaan kita seperti ini, segeralah berwudhu kerana marah terjadi akibat hembusan api jahanam, padamkan dengan air wudhu.

Pintu ketiga:
Iaitu sangat suka menghias-hiasi tempat tinggal, pakaian dan segala perabot yang ada. Orang seperti ini sungguh akan sangat rugi kerana umurnya hanya dihabiskan untuk tujuan ini.

Pintu keempat:
Iaitu kenyang kerana telah makan banyak makanan. Keadaan seperti ini akan menguatkan syahwat dan melemahkan untuk melakukan ketaatan pada Allah. Kerugian lainnya akan dia dapatkan nanti di akhirat.

Pintu kelima:
Iaitu tamak pada orang lain. Jika seseorang memiliki sifat seperti ini, maka dia akan berlebih-lebihan memuji orang tersebut padahal orang itu tidak memiliki sifat seperti yang ada pada pujiannya.

Akhirnya, dia akan mencari muka di hadapannya, tidak mahu memerintahkan orang yang disanjung tadi pada kebajikan dan tidak mahu melarangnya dari kemungkaran.

Pintu keenam:
Iaitu sifat selalu tergesa-gesa dan tidak mahu bersabar untuk perlahan-lahan. Padahal terdapat sebuah hadits dari Anas, di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Sifat perlahan-lahan (sabar) berasal dari Allah. Sedangkan sifat ingin tergesa-gesa itu berasal dari syaitan.” (Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam musnadnya dan Baihaqi dalam Sunanul Qubro. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shoghir mengatakan bahwa hadits ini hasan)

Pintu ketujuh:
Iaitu cinta harta. Sifat seperti ini akan membuat berusaha mencari harta bagaimana pun caranya. Sifat ini akan membuat seseorang menjadi bakhil (kedekut), takut miskin dan tidak mahu melakukan kewajiban yang berkaitan dengan harta.

Pintu kelapan:
Iaitu mengajak orang awam supaya ta’ashub (fanatik) pada madzhab atau golongan tertentu, tidak mahu beramal selain dari yang diajarkan dalam madzhab atau golongannya.

Pintu kesembilan:
Iaitu mengajak orang awam untuk memikirkan hakIkat (kaifiyah) dzat dan sifat Allah yang sukar dicapai oleh akal mereka sehingga menjadikan mereka menjadi ragu dalam masalah paling penting dalam agama ini iaitu masalah aqidah.

Pintu kesepuluh:
Iaitu selalu berburuk sangka terhadap muslim lainnya. Jika seseorang selalu berburuk sangka (bersu’uzhon) pada muslim lainnya, pasti dia akan selalu merendahkannya dan selalu merasa lebih baik darinya.

Seharusnya seorang mukmin selalu mencari udzur dari saudaranya. Berbeza dengan orang munafik yang selalu mencari-cari ‘aib orang lain.

Semoga kita dapat mengetahui pintu-pintu ini dan semoga kita diberi taufik oleh Allah untuk menjauhinya.


Rasulullah saw pengsan mendengar keterangan Jibril tentang pintu neraka ke 7

$
0
0

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibril datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: “Mengapa aku melihat kau berubah muka?”

Jawabnya: “Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dibesarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu benar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.”

Lalu nabi s.a.w. bersabda: “Ya Jibril, jelaskan padaku sifat Jahannam.”

Jawabnya: “Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian diteruskan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum niscaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi niscaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan bahangnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Qur’an itu diletakkan di atas bukit, niscaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, niscaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas bercampur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang lelaki dan perempuan.”

Nabi s.a.w. bertanya: “Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?”

Jawabnya: “Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.” (nota kefahaman: iaitu yang lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: “Siapakah penduduk masing-masing pintu?”

Jawab Jibril:

“Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun, namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nashara bernama Sa’eir.”

Kemudian Jibril diam, segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: “Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?”

Jawabnya: “Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat.”

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: “Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?”

Jawabnya: “Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.”

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibril juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.


Air yang boleh memadamkan api neraka

$
0
0

Dalam sebuah kitab (Bidayatul-Hidayah), diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan Neraka Jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyala api yang sangat dahsyat gemuruhnya, hingga semua umat menjadi berlutut kerana tak sanggup menahan ketakutannya.

Allah S.W.T berfirman, “Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan.” (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Ketika mereka menghampiri neraka, mereka mendengar gemuruh api neraka yang suaranya sudah dapat mulai didengar sejarak 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang, bahkan para nabi sekalipun akan berucap, “Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah), kecuali hanya seorang nabi saja yang akan berkata, “Umatku, umatku.”

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, “Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali.”

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak segera kembali, lalu malaikat Jibril berkata, “Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W”

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. “Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya.” Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. “Wahai Jibril, Apakah air itu?”

Maka Jibril berkata, “Itulah air mata orang durhaka di kalangan umatmu yang menangis karena takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu.” Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda, “Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya.”

Dalam sebuah kitab Daqa’iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, “Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, barang siapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis karena amat takut kepada-Mu.”

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut.”

Sungguh telah bersabda Rasulullah S.A.W, ” Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ada lagi air mata.”situslakalaka


Pembela hantu raya kuat bersetubuh

$
0
0

10 tanda orang membela hantu raya

Seorang pendakwah bebas Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz berkata ada beberapa tanda boleh dikenal pasti bagi mana-mana individu yang membela hantu raya.

Antara tanda-tandnya ialah :

1. Takut bertentang mata bila bercakap

2. Gementar dan keluh kesah bila berjumpa orang alim

3. Hati sentiasa tidak tenang dan badan sentiasa berpeluh bila berada dalam majlis ilmu

4. Gemar makan bubur kacang merah dan suka jamu orang makan pada malam Jumaat

5. Walaupun usia lanjut tetapi memiliki tenaga luarbiasa bila melakukan kerja-kerja berat

6. Bila keluar rumah tidak akan beritahu kepada ahli keluarga terutama isteri

7. Kerap bawa berpuluh-puluh telur rebus kedalam hutan

8. Bila ada mesyuarat orang ramai akan patuh dan tunduk keputusannnya

9. Mempunyai tenaga seks luar biasa bila bejimak dengan isteri.

10. Kerap bersetubuh.

Ustaz Abu Bakar berkata undividu yang bersahabat dengan hantu raya memperolehi apa hajat dengan bantuan makhluk itu.

-mingguan warta perdana


Tanda tanda jarak jangka waktu menghadapi saat kematian

$
0
0

Tanda tanda saat menghadapi kematian

Berikut adalah tanda tanda jarak jangkawaktu untuk menghadapi kematian

1. 100 hari, seluruh badan rasa bergetar

2. 60 hari, pusat rasa bergerak gerak

3. 40 hari, daun dengan nama orang yang akan mati di arah akan janin dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan orang kelihatan seperti sedang runsing

4. 7 hari, mengidam makan

5. 5 hari, anak lidah bergerak gerak

6. 3 hari, bahagian tengah di dahi bergerak gerak

7. 2 hari, seluruh dahi bergerak gerak

8. 1 hari, terasa bahagian ubun bergerak gerak di antara waktu subuh dan asar

9. Saat akhir, terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di
bahagian belakang badan)

Seelok- eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan diam dan jangan lagi bercakap cakap.


Gambar batu Ababil yang menghancurkan tentera Abrahah

$
0
0

Gambar batu ababil yang memusnahkan tentera Abrahah

Batu seberat 131 gram yang dikatakan ditemui pada tahun 571 M telah mendapat tawaran harga sebanyak 4 Juta USD.

Batu ini dipercayai adalah batu yang Allah SWT perintahkan burung Ababil membawanya lalu dilontarkan ke bawah untuk menghancurkan tentera bergajah sebagaimana kisahnya dalam Surah Al-Fil.

Baca sumber asalnya di bawah ini:

رام الله – دنيا الوطن
رفض مواطن بيع قطعة أثرية عبارة عن حجر يعود لـ 1442 عاماً بمبلغ 4 ملايين دولار عرض عليه من مصر، بينما اكتفت هيئة السياحية وتحديداً مكتبها في منطقة الباحة بطلب صورة من الهوية الوطنية وترك الحجر والانصراف!
وقال المواطن صالح مسفر الغامدي لـ “سبق”: “عثرت على حجر (سجّيل) يبلغ وزنه 131 جراماً، كعدد كلمات سورة الفيل بالتعوّذ والبسملة، ويحمل صورة طير وفيل وعليه ختم من الجانبين وأسراب طيور، وهو حجر كما وصفه القرآن سجيل طين متحجر محروق، يعود تاريخه لعام 571 ميلادي، أي منذ 1442 عاماً”.
وأضاف الغامدي: “وجدت الحجر عام 1431هـ في وادي جرب التابع لمحافظة العقيق بمنطقة الباحة، وكان يسمى الوادي الأخضر، وهذا الوادي نزل فيه أبرهة الحبشي وجنوده، ومكثوا فيه فترة طويلة ولديهم جادة هنا”.
وبيّن أنه عثر على الحجر بعد رؤيته مناماً في الليلة السابقة يتعلق بوالده وجده، ولفت إلى أنه استشار الكثير من الزملاء حوله، وذكر بعضهم أنه يمكن بيعه بمبلغ 50 ألف ريال الا أنه رفض بيعه.
وتابع يقول: “بعد مرور عام وتحديداً العام الماضي استشرت أحد الأصدقاء من الجنسية المصرية لديه أقارب يعملون بمجال الآثار في مصر، وخاطبناهم وأرسلنا صوراً للحجر، وبعد عدة مشاورات رضوا بشراء الحجر بـ 4 ملايين دولار، ورفضت بيعه لهم وعرضت الحجر على مكتب هيئة السياحة في منطقة الباحة، وطلبوا مني كتابة معروض وصورة للهوية الوطنية مع تسليم الحجر، إلا أنني رفضت تسليمه وما زلت محتفظاً به”.



Kenapa makan perlu guna tangan kanan ?

$
0
0

Ibn Umar meriwayatkan bahawa Pesuruh Allah, Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Apabila kamu hendak makan, hendaklah kamu makan dengan tangan kanan, dan apabila hendak minum, minumlah dengan tangan kanan, kerana syaitan makan dengan tangan kiri dan minum dengan tangan kiri.” (Sahih Muslim)
Sudah menjadi kebiasaan masyarakat timur untuk mendahulukan apa jua perbuatan dengan tangan kanan, baik bersalam, makan, menunjuk dan sebagainya jadi apabila kita mendengar hadis diatas bukanlah ia menjadi sesuatu yang janggal. Akan tetapi rata-rata masyarakat moden dizaman ini mula makan dengan tangan kiri, baik di majlis-majlis rasmi hinggalah ke makan di tempat-tempat ternama seperti di hotel-hotel besar.
Akan tetapi Nabi berpesan agar makan menggunakan tangan kanan dan sesiapa yang makan menggunakan tangan kiri, mereka mengikut amalan syaitan. Melihat tamadun barat yang menyuap makanan dengan tangan kiri malah itu juga diikuti oleh golongan elit bangsa kita di majlis-majlis “high level”, pasti ada hikmah mengapa Nabi melarang berbuat demikian.

Otak manusia terbahagi kepada dua hemisfere kiri dan kanan, bahagian kiri badan dikawal oleh bahagian kanan otak dan sebaliknya. Kajian sains mengenai aktiviti otak menunjukkan, secara amnya lebih banyak aktiviti dibahagian kiri otak ketika seseorang itu sedang berada dalam keadaan yg positif contohnya mesra, riang gembira dan sebagainya. Sifat-sifat negatif seperti menyendiri lebih aktif diotak sebelah kanan.

Mengapa apabila kita dilanda masaalah, meluahkan perasaan ataupun bercakap samada kepada diri sendiri ataupun kepada manusia lain serba sedikit dapat mengurangkan tekanan didalam diri kita? Ini berkemungkinan disebabkan otak kiri terlibat lebih aktif dalam bahasa pertuturan, aktiviti berkomunikasi dengan tidak secara langsung membuat bahagian kiri otak aktif lantas menimbulkan perasaan positif dan mengurangkan tekanan perasaan.

Jadi jika kita kaitkan dengan aktiviti makan menggunakan tangan kanan yang mana akan mengaktifkan bahagian kiri otak, bukankah ia akan menimbulkan perasaan positif? Lebih positif semasa kita menjamu selera, lebih mudah makanan dihadamkan dan makin sihatlah tubuh badan.

Makan dengan tangan kiri mengaktifkan otak kanan yg dikaitkan dgn sifat-sifat negatif, sebab itulah makan dengan tangan kiri meniru syaitan kerana sifat syaitan itu sendiri yang penuh dengan dengki dan sombong. Lebih bahaya lagi apabila perbuatan makan dengan tangan kiri itu juga akan membuatkan manusia lebih mementingkan diri sendiri dan tidak peduli lagi pada insan-insan lain terutamanya dalam hal makan tersebut.

Masih ingat lagi ketika mula memasuki bidang perkhidmatan VIP, kami rakan-rakan sekerja diarahkan untuk menghadiri kursus etika pakaian dan pemakanan. Kami diajar cara berpakaian yang “betul” termasuklah cara menggunakan segala jenis sudu garpu pisau, etika pemakanan barat sebagai persiapan untuk meghadiri majlis-majlis rasmi, ini termasuklah dengan menyuap makanan dengan tangan kiri.

Persoalannya adalah, jika etika makan ala barat di praktikkan oleh golongan elit masyarakat kita yang rata-ratanya adalah pemimpin, maka lebih kerap otak kanan diaktifkan ketika makan yg mana ianya boleh dikaitkan dgn sikap negatif, menyendiri dan pentingkan diri sendiri, mungkinkah itu penjelasan mengapa pemimpin-pemimpin kita rata-ratanya membuat keputusan lebih untuk kepentingan diri, kroni berbanding masyarakat? Mungkinkah ini penjelasan mengapa manusia yang kaya makin bertambah kaya, berniaga dan mengambil untung berganda-ganda tanpa mengira kesan terhadap masyarakat dan persekitaran?

Apa yang saya kemukakan ini hanyalah hipotesis saya sahaja dari pembacaan, tepuk dada dan guna frontal lobe anda untuk berfikir sedalam-dalamnya. Tiada perintah Allah dan anjuran Nabi yang tiada kebaikan untuk umat manusia, hanya mereka yang melihat dengan mata hati keimanan sahaja yang dapat memahami.


Doa doa penguat zakar

$
0
0

Terdapat beberapa doa penguat zakar yang boleh Anda amalkan di bawah ini untuk kebahgian suami isteri.

1.Cubalah kaedah ini untuk menguatkan Zakar anda yang lemah. Hendaklah membaca doa ini sebanyak 7 kali kepada air yang suam kemudian mandikanlah Zakar anda. Atau celupkanlah tuala kecil (good morning towel) ke dalam air suam itu kemudian perahkan airnya dan bungkuslah Zakar anda dengan tuala itu sehingga sejuk. Cubalah amalkan sehingga 7 hari berterusan, Insya-Allah:

Bismilah Hiroh Man Niroh Him Yaa Qahar, Lailla Ha il lulloh, Wahidul Qahar.

2.Faedah Doa Yang Di baca waktu lemah Zakar:

Jika di rasai lemah zakar bagi jimak (bersetubuh), bacalah doa di bawah ini 3 kali kepada zakarnya di waktu hendak jimak (bersetubuh) itu niscaya jadi kuat bersetubuh. Insya-Allah

بِِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَللَّهُمَّ اِنَّا نَعُوْذُبِكَ تَامَّهْ، وَالرُّوْحِ، وَالدَّمِ، وَلَحْمِ، وَسَحْمِ، وَالْحُرُوْبِ، وَالْجُلُوْبِ وَتَقْضِىْ، فَاِذَا قَضَيْتَ اَمْرًا فَاِنَّمَا يَقُوْلُ لَهُ كُنْ فَيَكُوْنُ

3.Anda amalkan doa di bawah ini dengan membacanya sebanyak 7 kali ketika hendak bersetubuh. Isya-Allah ia dapat mengeraskan Zakar anda dan dapat bertahan lama semasa menjalankan tugas anda itu. Inilah doa yang masyhur di kalangan tuk-tuk guru zaman dahulu yang masih di amalkan oleh sesetengah orang yang berpoligami pada zaman sekarang.

بِِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ خَلَقَ مِنَ الْمَاءِ بَشَرًا

4.Sebelum tidur ambil sedikit minyak urut dan gosokkan dengan laju pada tapak tangan untuk memanaskan tapak tangan anda.. Jangan gunakan minyak yang panas di takuti akan mencederakan zakar Anda. Letakkan sedikit minyak tersebut pada jari-jemari tangan dan urut di kelengkang ia itu di antara dubur ke telur zakar.. Tekan sedikit dan pastikan anda urut sehala saja, yakni dari dubur mengarah ke telur zakar. Baca doa ini sebanyak 7 kali .
Ya Qadim
Ya Daim
Ya Ahad
Ya Wahid
Ya Samad
Ya Allah – Ya Allah – Ya Allah
Ya Qahar – Ya Qahar – Ya Qahar
Lailaha il’aLlah hu Wahidul Qahar

5. Selain itu Anda juga boleh amalkan doa-doa di bawah ini setiap hari selepas sembayang Asar atau Isya’ sebanyak 7 kali. Insya-Allah akan pulihlah tenaga batin anda seperti tenaga anak muda layaknya.

Bismillah Hiroh Man Niroh Him
Yaa wahidul baqil qawiyul mathin. In nalloha qawiyun, ‘azizun, yaa qawiyu biroh matika yaa ar hamar roohimin.


Doa selepas solat tulisan rumi

$
0
0

BISMILLAH-HIRRAHMAN-NIRRAHIM.

ALHAMDU LILLAHI RABBIL ‘ALAMIN. ALLAHUMMA SALLI ‘ALA SAIYIDINA MUHAMMADIW WA’ALA A-LIHI WASAHBIHI WASALLAM.

ALLAHUMMA INNA NAS-ALUKAL-’AFWA WAL-’AFIAH, WAL-MU ‘AFATAD-DA-IMAH, FIDDI-NI WADDUN-YA WAL-A-KHIRAH.

ALLAHUMMA AH-SIN ‘AQIBATANA FIL-UMURI KULLIHA, WA-AJIRNA MIN KHIZYID DUN-YA WA’AZABIL A-KHIRAH.

ALLAHUMMA INNA NAS-ALUKA MINAL KHAIRI KULLIHI, ‘A-JILIHI WA-A-JILIHI,
MA-’ALIMNA MINHU WAMA LAM NA’LAM. WANA’UZUBIKA MINAS-SYARRI KULLIHI, ‘A-JILIHI WA-A-JILIHI, MA-’ALIMNA MINHU WAMA LAM NA’LAM.

RABBANA A-TINA FIDDUN-YA HASANATAW-WAFIL A-KHIRATI HASANATAW-WAQINA ‘AZABAN NAR.

WASALLALLAHU ‘ALA SAIYIDINA MUHAMMADIW-WA’ALA A-LIHI WASAHBIHI WASSALLAM.

Maksudnya:

Dengan nama ALLAH yang pengasih dan penyayang.

Segala puji bagi ALLAH seru sekalian alam. Ya ALLAH anugerahkanlah kesejahteraan atas penghulu kami NABI MUHAMMAD dan atas keluarganya dan sahabatnya sekalian.

Ya ALLAH kami pohonkan kepada-MU kemaafan dan afiat dan kesejahteraan selama-lamanya, dalam agama, dunia dan akhirat.

Ya ALLAH elokkan kesudahan kami pada semua perkara, dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia dan siksaan akhirat.

Ya ALLAH kami bermohon kepada-MU segala apa yang baik samada (datangnya) lambat atau cepat, yang kami ketahui dan yang tidak kami ketahui. Dan kami berlindung kepada-MU dari segala apa yang berbahaya samada (datangnya) lambat atau cepat, yang kami ketahui atau yang tidak kami ketahui.

Ya tuhan kami kurniakanlah kepada kami di dunia kebajikan dan di akhirat juga kebajikan, dan jauhkanlah kami dari siksa neraka.

Dan ALLAH sejahterakan junjungan kami NABI MUHAMMAD dan sejahtera ayat keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


10 tanda wajib kahwin

$
0
0


1. Sunyi di hati walaupun dikelilingi ramai orang.

“Dan kahwinkanlah orang yang bersendirian di antara kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya; dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah an-Nur : 32)

Perasaan sunyi dan sayu merupakan sindrom paling kerap menimpa manusia yang kosong hatinya daripada mengingati Allah. Kesunyian ini bermaksud hati terasa kosong dan wujud perasaan sepi sehingga boleh membawa kepada penderitaan, kepiluan serta kesedihan. Usahkan diri mereka yang mengalaminya, orang yang melihat juga akan berasa kesedihan tersebut.

Apabila seseorang itu berasa sunyi sekalipun terdapat ramai orang di sampingnya, maka itu adalah tanda pertama bahawa dia sudah sampai waktu untuk berkahwin. Kawan yang ramai bergelak ketawa tetapi jenaka dan lelucon itu tetap tidak dapat mengubat kekosongan di hati. Ini lantaran wujud ruangan vakum yang perlu diisi oleh seseorang yang dipanggil sebagai ‘buah hati’. Apabila didatangi perasaan sunyi yang pelik ini, maka ketahuilah bahawa perkahwinan itu sudah diwajibkan bagi mencegah kejadian dan penyakit lebih berat.

Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua.” – Hadith sahih riwayat Ahmad, an-Nasa’i, at-Tirmizi, Ibn Hibban dan lain-lain.

Apabila berseorangan, manusia itu mudah terdedah kepada pelbagai godaan, pemikiran tidak tangkas, akal lemah dan mudah terperangkap oleh tipu daya syaitan. Maka ketika itu, berkahwin sudah menjadi wajib bagi menyelamatkan kehidupan. Ini kerana syaitan sentiasa mendorong manusia untuk berbuat mungkar sehingga mereka terjerumus ke dalam jurang maksiat.

2. Kehidupan yang tidak terurus.

Kehidupan sepatutnya menjadi medan untuk beramal soleh dan menunaikan kewajipan serta perintah ALLAH dengan mengikuti lunas-lunas Islam. Kehidupan memberi kita satu peluang mengumpul sebanyak mungkin pahala bagi mendapatkan ganjaran syurga. Malangnya, bagi sesetengah orang, kehidupan mereka tidak terurus. Ia boleh dilihat ketika menziarahi rumah mereka. Keadaannya bersepah, tidak kemas, makan serta pakai mereka tidak teratur sehingga mengundang pelbagai masalah sampingan. Justeru orang seperti ini perlu dikahwinkan.Perkahwinanlah yang akan menjadikan mereka lebih bertanggungjawab serta berkeyakinan untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik dan juga bersistematik.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Sebaik-baik wanita yang menunggang unta salah satunya ialah wanita Quraisy yang solehah dan yang keduanya ialah wanita Quraisy yang berbuat baik kepada anak yatim yang masih kecil dan mengurus sendiri keperluan suaminya.” – Hadith sahih riwayat Muslim no. 4589.

3. Jiwa menjurus kepada lawan jantina

Pernahkah terjadi perasaan berdebar-debar dan jantung berdegup laju tatkala berada berhampiran dengan lawan jantina? Sekiranya ‘ya’ dan jika keadaan sudah menjadi parah, jangankan sesekali duduk berdekatan, cukuplah kalau hanya sekadar melihat wanita cantik atau lelaki kacak melintas di hadapan mata.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Maka sesiapa yang fitrahnya diarahkan kepada sunnahku, maka dia telah mendapat petunjuk. Sesiapa yang fitrahnya terarah kepada selainnya, maka dia telah binasa.” – Hadith riwayat Ahmad dan Ibn Hibban.

“Katakanlah kepada orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan mereka…” – Surah an-Nur: 30-31

Rasulullah S.A.W. bersabda di dalam sebuah hadith qudsi yang menerangkan bahawa pandangan itu seperti panah beracun.

“Pandangan itu adalah panah beracun di antara panah iblis. Sesiapa yang meninggalkannya kerana takut kepadaKU, maka akan AKU gantikan dengan keimanan, yang ia dapatkan manisnya di dalam hatinya.” – Hadith riwayat at-Tabrani dan al-Hakim.

Jika hati atau jantung berdebar-debar sewaktu memandang lawan jantina, maka sudah pasti mereka ini termasuk di dalam golongan yang diwajibkan berkahwin.

ALLAH berfirman:

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan Rahmat-Nya: bahawa DIA menciptakan untukmu (lelaki) isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan antara kamu (suami isteri) kasih sayang dan belas kasihan, sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang yang berfikir.” – Surah ar-Rum: 21

4. Hilang fokus apabila wujud lawan jantina.
Hilang fokus atau lemah tumpuan adalah perkara normal yang berlaku kepada kebanyakan orang bujang. Keadaan ini berlaku kerana mereka kerap memikirkan berkisar tentang soal pasangan, masa depan yang tidak pasti dan persepsi daripada banyak pihak. Akibatnya, ia memberi kesan kepada tugas harian seperti mereka mudah hilang tumpuan, prestasi kerja merosot serta hasil produktiviti menurun. Mereka yang mengalami gejala hilang fokus atau lemah tumpuan ini adalah berpunca daripada faktor psikologi serta perasaan tidak stabil. Umumnya, penyakit ini disebabkan oleh kesunyian dan kekurangan cinta serta belaian kasih sayang. Jalan selamat dan ubat yang paling mujarab kepada masalah ini ialah dengan berkahwin.

“Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada ALLAH dan Rasul-Nya; mereka itu akan diberi rahmat oleh ALLAH; sesungguhnya ALLAH Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. ALLAH menjanjikan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam Syurga ‘Adn serta keredhaan daripada ALLAH yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.” – Surah at-Taubah: 71-72

5. Cemburu melihat kebahagiaan orang lain.
Perasaan cemburu atau ghirah di dalam Islam terbahagi kepada dua bahagian. Pertama ialah padabahagian yang halal dan diperintahkan iaitu cemburu di dalam perkara kebaikan. Kedua ialah kepada perkara haram serta dilarang iaitu cemburu yang melampaui batas dan merosakkan. Cemburu yang melampaui batas ini disebut hasad. Perasaan hasad ini mampu menghapuskan kebaikan yang ada pada diri mereka, sebagaimana api membakar kayu kering. Inilah yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya:

“Jauhkanlah (oleh kamu) dengki (hasad) kerana ia akan memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu.” – Hadith riwayat Abu Daud.

Di dalam hadith yang lain, ada disebutkan:

“Janganlah saling hasad dan jangan mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah saling bermusuhan. Hendaklah saling memaafkan dan jadilah kamu bersaudara.” – Hadith riwayat Muslim.

Berusaha menunaikan kewajipan perkahwinan jika sudah wujud perasaan cemburu dan tertekan apabila melihat kebahagiaan orang lain. Terutamanya ketika melihat kawan-kawan di sekeliling sudah pun mempunyai pasangan. Cemburu melihat orang lain berpasangan adalah isyarat bahaya bahawa perkahwinan itu perlu disegerakan. Ketahuilah bahawa perkahwinan itu sememangnya indah sehingga wajar untuk kita berasa cemburu.

6. Wujud perasaan sayang terhadap kanak-kanak.
Ini berlaku kepada mereka yang sudah sampai seru untuk berumah tangga. Apabila perasaan keibuan atau kebapaan tumbuh di dalam sanubari, ia akan mula memainkan peranan dengan menguasai diri dan mempengaruhi segala tindak tanduk. Ini menunjukkan bahawa seseorang yang sudah sampai waktu untuk memiliki keluarga sendiri. Inilah fitrah yang sudah ditetapkan oleh ALLAH.

ALLAH berfirman:

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak daripada jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi ALLAHlah tempat kembali yang baik (syurga).” – Surah ali-Imran : 14

Ketika memegang kanak-kanak atau bayi, terasa berat untuk kita melepaskannya. Apabila berada berhampiran mereka, naluri keibuan atau kebapaan itu seolah-olah mendorong kita untuk merangkul, bermain, mengusik dan membelai manja serta menikmati penuh gembira senyuman yang suci bersih itu. Itulah petanda bahawa sudah tiba masanya kita bergelar ibu dan bapa.

7. Jatuh cinta pada seseorang.
Jatuh cinta merupakan fitrah setiap manusia, begitu juga dengan perasaan minat dan suka. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana ALLAH telah mencipta manusia dengan fitrah sedemikian. Lelaki dijadikan untuk tertarik kepada wanita dan begitulah juga sebaliknya. Maka,tarikan ini adalah fitrah di mana ALLAH telah menyediakan jalan keluar yang paling sempurna iaitu dengan berkahwin secara sah. Perkahwinan merupakan sebaik-baik jalan perhubungan di antara lelaki dan wanita.

Ibn al-Qayyim berkata bahawa ia adalah ‘Ketetapan ALLAH dengan hikmah-Nya menciptakan makhluk dalam keadaan saling mencari yang sesuai dengannya. Secara fitrah saling tertarik dengan jenisnya. Tetapi akan menjauh daripada yang berbeza dengannya.’ Inilah ketetapan ALLAH kepada semua makhluk-Nya.

ALLAH berfirman:

“DIAlah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya, DIA menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya…” – Surah al-A’raf: 189

8. Desakan hawa nafsu
Ini selalu terjadi kepada lelaki dan wanita yang baru mencapai usia remaja. Sekiranya terdedah kepada lawan jantina, mereka akan cepat tergoda dan teruja. Bahkan, golongan dewasa yang mencapai usia pertengahan juga kerap kali mempunyai desakan ini. Hal ini disebabkan oleh banyak faktor dan perkara ini perlulah diambil berat. Mereka mesti berhati-hati di dalam mengendalikan hawa nafsu tersebut kerana ia boleh mengundang pelbagai masalah dan bahaya. Jalan paling selamat bagi menangani desakan nafsu ini ialah melalui perkahwinan. Melaluinya, desakan tersebut dapat dilangsaikan menurut tatacara Islam.

Hadith ini memiliki syahid yang diriwayatkan oleh Abu Zubair. Daripada Jabir, bahawa Rasulullah S.A.W. melihat seorang wanita lalu wujud keinginan di dalam hati baginda. Lalu baginda mendatangi Zainab yang sedang membuat roti dan lantas melaksanakan hajatnya. Setelah selesai, baginda keluar dan bersabda:

“Sesungguhnya seorang wanita menghadap dengan bentuk syaitan dan mundur dengan bentuk syaitan juga. Jika ada di antara kalian melihat seorang wanita, lalu berasa ghairah, maka datangilah isterinya (salurkan kepadanya). Sebab hal itu dapat menolak penyakit yang ada dalam hatinya.” – Hadith riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Baihaqi dan Ahmad. Matan ini milik Ahmad daripada beberapa jalur yang berasal dari Abu Zubair.

Maksud ‘wanita sebagai menghadap dengan bentuk syaitan’ bukan menunjukkan satu penghinaan atau penindasan. Makna paling tepat ialah wanita itu dipergunakan oleh syaitan dengan menghiasi mereka sehingga kelihatan cantik di mata lelaki yang memandang. Hakikatnya, wanita itu biasa sahaja. Hal itu berlaku kerana syaitan menghiasi mata dengan penipuan dan godaan.

9. Beronani.

Onani atau melancap ialah perbuatan mengeluarkan air mani bukan melalui hubungan intim atau persetubuhan. Beronani adalah satu perbuatan yang dipandang sebagai dosa besar di sisi Islam.Demikian, menurut majoriti para fuqaha. Imam Syafi’e dan Imam Malik juga mengharamkan perbuatan sedemikian. Ini berdasarkan firman ALLAH S.W.T. di dalam al-Quran:

“Dan mereka yang menjaga kehormatannya (dalam hubungan seksual) kecuali kepada isteri atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Barang siapa yang mengingini selain yang demikian, maka mereka adalah orang yang melampaui batas.” – Surah al-Mukminun: 5-7

“Hendaklah kamu berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal.” – Hadith riwayat al-Bukhari no. 5063, Muslim no. 3389, an-Nasa’i dan Ahmad.

Hadith tersebut jelas menunjukkan bahawa puasa berperanan untuk mencegah nafsu syahwat, bukannya merawat. Rawatan mujarab bagi penyakit ini hanyalah melalui perkahwinan.

10. Dorongan untuk melakukan hubungan intim.
Seseorang itu wajib berkahwin jika telah wujud di dalam jiwanya desakan untuk melakukan hubungan intim. Lelaki yang memiliki desakan nafsu yang kuat dibenarkan untuk berkahwin sehingga empat orang isteri pada satu masa. Ketentuan ini diperkuat lagi dengan ayat al-Quran.

ALLAH berfirman:

“…Kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian, jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil maka (kahwinilah) seorang sahaja…” – Surah an-Nisa’ : 3.
Itulah hikmah ALLAH memberi keizinan untuk berpoligami kepada suami yang memiliki kekuatan dan kemampuan yang ditetapkan oleh-Nya. Memiliki nafsu syahwat yang kuat bukanlah satu kesalahan. Sebaliknya, ia adalah kebaikan jika disalurkan pada jalan yang halal dan benar. Justeru, lelaki haruslah lebih bijak dalam menangani kemampuan ini.


Hukum tak kawin

$
0
0

Hukum orang Islam lelaki yang tidak berkahwin, hendaklah kita melihat kepada keadaannya. Para ulama telah menjelaskan bahawa hukum berkahwin itu terbahagi kepada tiga keadaan.

Keadaan pertama, dia tidak mempunyai syahwat terhadap wanita, maka hukumnya mubah iaitu dibenarkan.

Keadaan kedua, dia mempunyai syahwat terhadap wanita tetapi masih dapat mengawal dirinya daripada berzina jika tidak berkahwin, maka hukum berkahwin baginya adalah sunat.

Keadaan ketiga, dia mempunyai syahwat terhadap wanita dan sukar mengawalnya, bahkan boleh menyebabkan dia berzina atau beronani jika tidak berkahwin, maka hukum berkahwin baginya adalah wajib.

Begitulah ringkasan huraian para ulama seperti al-Mardawi dalam kitabnya al-Insaf, berkenaan hukum berkahwin.

Seterusnya, bagi keadaan kedua dan ketiga, sekiranya dia tidak mempunyai kemampuan dari sudut harta, maka hendaklah dia berpuasa untuk menahan gelojak nafsunya.

Rasulullah SAW telah pun bersabda, “Wahai sekelian remaja, siapa yang mempunyai kemampuan hendaklah dia berkahwin kerana perkahwinan itu menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa akan mengurangi nafsunya” (Hadith riwayat al-Imam al-Bukhari no. 5065 dan Muslim no. 1400).

Adapun kalau kita tidak berkahwin, Nabi Muhammad SAW tidak akan mengaku kita umatnya, setakat pembacaan saya, hadis-hadis yang membawa maksud ini adalah daif dan tidak sahih.

Perkara ini telah pun dinyatakan oleh al-Imam al-Sakhawi dalam kitabnya. al-Maqasid al-Hasanah.

Berkenaan dengan para ulama yang tidak berkahwin, memang benar terdapat sejumlah para ulama yang tidak berkahwin.

Akan tetapi ini tidak boleh dijadikan hujah untuk umat Islam dewasa ini menjauhi amalan mulia ini, iaitu perkahwinan.

Keadaan-keadaan

Para ulama yang tidak berkahwin itu, mereka mempunyai keadaan-keadaan tertentu yang menyebabkan mereka tidak berkahwin seperti kesungguhan dalam berdakwah dan mengajar, peperangan dan sebagainya.

Justeru hendaklah kita mendahulukan hadis Nabi SAW yang menggalakkan perkahwinan dan janganlah kita jadikan perbuatan sebahagian para ulama itu sebagai alasan untuk meninggalkan sunah Rasulullah SAW yang mulia ini.

Satu perkara yang perlu ditekankan di sini ialah hukum orang yang tidak berkahwin kerana dia ingin fokus melakukan ibadah. Perbuatan ini adalah satu perbuatan yang tidak wajar.

Perbuatan ini telah ditegur oleh Rasulullah SAW. “Di zaman Nabi SAW, apabila datangnya tiga orang lelaki bertanyakan tentang amalan Nabi SAW, setelah diberitahu oleh isteri-isteri Baginda, mereka merasakan amalan Rasulullah SAW seperti sedikit. Lalu salah seorang daripada mereka berkata, “Saya akan solat malam selamanya.” Seorang lagi berkata, “Saya akan puasa sepanjang tahun.” Dan seorang lagi berkata, “Saya akan menjauhi wanita dan tidak akan berkahwin buat selamanya.” Setelah Rasulullah SAW pulang dan diberitahu tentang perkara ini, Baginda telah bersabda, “Anda semua berkata begini dan begitu. Sesungguhnya akulah yang paling takutkan Allah dan bertaqwa terhadap-Nya. Akan tetapi aku puasa dan berbuka, solat dan tidur, aku juga mengahwini wanita. Maka siapa yang benci sunahku, dia bukan golonganku” (Hadis riwayat al-Imam al-Bukhari no. 5063 dan Muslim no. 1401).

Hadis ini jelas menunjukkan bahawa menjauhi amalan perkahwinan dengan alasan memberi fokus kepada amalan ibadah adalah suatu perbuatan yang menyalahi sunah Rasulullah SAW.


Doa adalah senjata orang mukmin

$
0
0

doa senjata orang mukmin

Doa adalah senjata bagi orang mukmin.

Mereka yang enggan berdoa kepada Allah,

adalah orang yang bongkak.

Firman Allah (mafhumnya):

“Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah)

akan memperkenankan doa

permohonan kamu…”

(Surah al-Ghafir, ayat 60)

Doa adalah penghubung di antara hamba dan khalik (pencipta).

Dalam sebuah hadits

Rasulullah SAW bersabda;

“Doa itu ibadah.”

(HR Abu Daud & At-tirmidzi).

Dalam hadits lain disebutkan:

“Barang siapa dibukakan pintu doa,

bererti pula telah dibukakan pula

untuknya pintu rahmat.

Dan tidak ada yang dimohonkan

kepada Allah yang lebih disukainya

selain dimohonkan ‘afiat.

Suatu doa memberikan manfaat

kepada apa yang telah diturunkan.

Dan tidak ada yang dapat menolak

ketetapan Tuhan kecuali doa.

Kerana itu

berdoalah kamu sekalian”.

(HR At-Tirmidzi).

“Setiap muslim di muka bumi

yang memohon sesuatu kepada Allah,

pasti permohonannya itu dikabulkan Allah,

atau Allah akan menjauhkannya dari kejahatan,

selama ia berdoa yang tidak membawa

dosa atau memutuskan tali silaturrahmi,”

(HR At-Tirmidzi).

Rasulullah SAW juga bersabda:

“Tidak ada sesuatu

yang paling mulia dalam pandangan Allah

selain berdoa kepada-Nya

ketika dalam keadaan lapang

(tidak dalam keadaan sulit)”.

(HR Al-Hakim).

Dalam kitab Ihya ‘Ulumuddin, Imam Ghazali menjelaskan adab berdoa. Apabila seseorang ingin berdoa kepada Allah, hendaknya ia melakukannya dengan cermat dan memelihara adab berdoa sebagai berikut:

1. Pilihlah waktu yang baik dan mulia, seperti pada hari Arafah, bulan Ramadhan, hari jum’at, sepertiga terakhir dari waktu malam, dan pada waktu sahur.

2. Lakukanlah dalam keadaan khusus, seperti ketika bersujud dalam solat, ketika berhadapan dengan musuh di medan perang, ketika turun hujan, sebelum menunaikan solat dan sesudahnya, ketika jiwa sedang tenang dan bersih dari segala gangguan syaitan, dan ketika menghadap ka’bah.

3. Menghadaplah ke arah kiblat

4. Rendahkanlah suara, antara terdengar dan tidak – oleh orang yang berada di sisi kita

5. Jangan bersajak, melainkan cukup dengan kata-kata biasa yang sederhana, sopan, dan tepat, mengenai sesuatu yang diperlukan. Tidak bererti kita tidak boleh berdoa dengan kata atau kalimat yang indah. Yang tidak diperbolehkan ialah dengan cara yang dibuat-buat sehingga mengesankan berlaku tidak pantas kepada Allah SWT. Amat baik jika kita memilih lafaz doa yang diterima dari Rasulullah SAW, yang kandungannya sesuai dengan yang kita mohonkan.

6. Khusyu’lah dan tadharru’ dengan merasakan kebesaran Allah dan kekuasaan Nya.

7. Kukuhkan keyakinan bahawa doa kita akan diperkenankan oleh Allah, dan tidak merasa gelisah jika doa itu belum terkabul.

8. Ulang-ulangi doa itu dua-tiga kali. Sesuatu yang sangat kita dambakan akan lebih baik jika dibaca berulang-ulang dua-tiga kali.

9. Pujilah Allah pada permulaan doa.

10. Bertaubatlah sebelum berdoa dan hadapkan diri dengan sesungguhnya kepada Allah.

Imam Nawawi berkata,

” Doa itu sebaiknya dimulai dengan

kalimah tahmid (puji-pujian) dan disudahi

dengan kalimat tahmid juga”.

Sesudah itu membaca selawat kepada nabi,

sekurang-kurangnya Allahumma shalli ‘ala Muhammadin

wa ‘ala alihi wa shahbihi wa sallim.

(Ya Allah, limpahkanlah rahmat

kepada Nabi Muhammad,

keluarganya, para sahabatnya, dan berikanlah

kesejahteraan kepada mereka).”


Kenapa tidak semua orang memperolehi hidayah ?

$
0
0

Ini Nor Hidayah Hamzah

Kata Hidayah, menurut Qurais Shihab secara maknawi bererti “memberi petunjuk kepada sesuatu” atau “memberi hadiah”. Sedangkan Al-quran memaparkan, hidayah setidaknya memiliki dua makna:

1. Menunjuki dan membimbing (QS Fushshilat: 17)

2. Memasukkan iman ke dalam hati atau menjadikan seseorang beriman. (QS Al Qashash: 56)

Sesungguhnya hidayah Allah itu banyak mengitari kita. Para ulama merumuskan empat jalur pemberian hidayah, entah itu disedari ataupun tidak:

1. Insting @ naluri
Insting atau naluri adalah pola perilaku atau reaksi yang Allah berikan kepada kita tanpa perlu kita pelajari sebelumnya. Hidayah berupa rasa lapar yang memaksa kita mencari makanan, berupa rasa takut yang melindungi dari bahaya dan sebagainya.

Pernahkah Anda melihat gambaran bagaimana insting seorang anak manusia yang baru dilahirkan, kemudian diletakkan di perut ibunya. Lalu secara naluriah dia merangkak berusaha mencari puting susu ibunya dan meminum air susunya. Itulah hidayah pertama yang Allah berikan untuk kita hamba-Nya. Sebuah bimbingan dasar yang juga Allah berikan kepada segenap makhluk hidup yang lain juga.

2. Hidayatul Khawas (Indera)
Petunjuk kepada keselamatan kedua dari Allah adalah Indra kita. Kerana sebagai manusia, Insting dan naluri saja belumlah cukup adanya.

Dengan indra inilah, maka naluri manusia itu diarahkan. Secara naluriah manusia akan mencari makan di saat lapar, tapi lidahlah yang kemudian memilihkan makanan yang layak masuk ke dalam tubuh dan yang tidak.

Secara naluriah pula, manusia waspada bila mendengar sesuatu yang mengejutkan. Tapi telinga dan hati kitalah yang pada akhirnya membezakan, mana suara panggilan dan mana suara ancaman. Singkatnya, manusia diberikan darjat yang lebih baik lagi dibanding makhluk Allah yang lain dengan diberikannya indra.

Sebagai hidayah dari Allah, indra kita tidak pernah memberi petunjuk kepada sesuatu yang menyesatkan. Ini semua kerana Indra memang diciptakan Allah sebagai penunjuk jalan. Sebagai pembimbing bagi kita untuk menikmati hidup lebih baik lagi.

3. Hidayatul ‘Aqly (Akal)
Allah memberi kita akal. Akal menyempurnakan apa yang sudah diperoleh dari naluri dan indra kita. Akal menjelaskan tentang sebuah kejadian yang hanya tertangkap sekilas oleh indra. Naluri dan indra kita menuntun untuk menghindari sesuatu yang bersifat panas membakar. Berakal berarti boleh membezakan yang baik dan yang buruk. Berakal bererti mampu memisahkan mana yang hak dan mana yang batil. Berakal bererti mampu memilih mana yang benar dan mana yang salah. Berakal bererti boleh lebih berhati-hati lagi menyikapi sesuatu. Berakal bererti mampu mengembangkan diri untuk hidup yang lebih baik dan lebih terhormat lagi.

4. Hidayatu Ad-Dien (Hidayah Agama)
Akal sekalipun sesungguhnya juga sangat terbatas kemampuannya. Sering akal buntu menjawab beberapa pertanyaan mendasar mengenai manusia. Kerana keterbatasan akal, banyak manusia yang pada akhirnya menuhankan benda, pepohonan, gunung, lautan, matahari, atau pun roh-roh leluhur yang diyakini menguasai dan mengatur alam semesta ini. Untuk itulah Allah menurunkan agama sebagai hidayah muktamad, Aturannya tertulis rapi dalam lembaran mushaf Al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.

Begitu terperinci dan sempurna memberi jalan dan tauladan. Begitu teratur dan berterus terang melukiskan harapan sekaligus ancaman dari tiap-tiap perbuatan. Isinya begitu selaras, serasi, dan seimbang dengan fitrah insani. Tidak berlawanan dengan naluri, tidak bertentangan dengan sentuhan indrawi, dan bahkan menjadi pelurus dan pembimbing arah berfikir bagi akal yang terbatas ini.

Cuba Anda tanyakan pada diri sendiri, apakah Allah belum memberi naluri yang memberi petunjuk awal bagaimana hidup dengan lebih baik? Apakah Allah belum memberikan kepadanya lima indra yang menuntun untuk membangunkan diri? Apakah Allah juga tidak memberi akal untuk kita berfikir dan membezakan mana yang baik untuk diikuti dan mana yang harus ditinggalkan? Terakhir, tidak cukupkah nabi, rasul, dan ulama yang membimbing kita untuk mengenal Allah dan segala ketentuannya? Kalau jawapannya “Ya”, lalu apa alasannya menunda keredhaan Allah mengalir kepadanya?

Wallahu ‘alam bisshawab



Doa tahan bersetubuh hingga ke subuh

$
0
0

doa senjata orang mukmin

Masalah patah tandan (zakat tiba tiba terkulai layu ketika sedang bersetubuh) sering dialami kebanyakan lelaki. Masalah patah tandan adalah sangat mengecewakan sang isteri yang kehausan.

Bacalah doa di bawah ini 3 kali kepada zakar di waktu hendak bersetubuh supaya tidak mudah patah tandan dan boleh bersetubuh hingga ke subuh. Insyaalah.

بِِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَللَّهُمَّ اِنَّا نَعُوْذُبِكَ تَامَّهْ، وَالرُّوْحِ، وَالدَّمِ، وَلَحْمِ، وَسَحْمِ، وَالْحُرُوْبِ، وَالْجُلُوْبِ وَتَقْضِىْ، فَاِذَا قَضَيْتَ اَمْرًا فَاِنَّمَا يَقُوْلُ لَهُ كُنْ فَيَكُوْنُ


Hukum seks lesbian menurut Islam

$
0
0

Hukum seks lesbian menurut Islam

Sihaq (lesbi) adalah apa yang terjadi antara wanita dengan wanita berupa gesekan dua farji kemaluan wanita.

A. Definisi Lesbi

Berkata penulis kamus Al-Lisan (Lisaanul ‘Arab pada judul سحق.), “kata اَلسَّحْقُ artinya ialah yang lembut dan yang halus, dan مُسَاحَقَةُ النِّسَاءِ adalah kalimat lafal yang terlahir (darinya).”

Ibnu Qudamah berkata dalam kitabnya Al-Mughni (10/162), “Jika telah bergesek dua wanita maka keduanya melakukan zina yang terlaknat berdasarkan apa yang diriwayatkan dari Nabi Shallallaahu ’alaihi wasallam bahwasanya Beliau Shallallaahu ’alaihi wasallam bersabda,

” إِذَا أَتَتِ الْمَرْأَةُ الْمَرْأَةَ فَهُمَا زَانِيَتَانِِ “

“Apabila seorang wanita mendatangi (menyetubuhi) seorang wanita maka keduanya berzina.” tidak ada batasan dalam hal ini pada keduanya karena tidak ada ilaj (Ilaj ( إِيْلاجٌ ) ialah masuknya kepala zakar pria pada kemaluan wanita.) ( إِيْلاجٌ ) di dalamnya.

Maka hal itu serupa dengan mubasyaroh (Mubasyarah (مُبَاشَرَةٌ )ialah hubungan badan antara suami dan istri) ( مُبَاشَرَةٌ ) tanpa farji dan keduanya harus dihukum karena telah berbuat zina yang tidak ada batasan di dalamnya, persis dengan seorang lelaki yang menggauli wanita tanpa jima’ (hubungan intim).”

Al-Imam Al-Alusi berkata di dalam Ruhul Ma’ani, Jilid ke-8, hlm. 172-173, setelah berbicara tentang gay dan kejelekannya, beliau Rahimahullah berkata,

” وَأُلْحِقَ بِهَا السِّحَاقُ وَبَدَا أَيْضًا فِيْ قَوْمِ لُوْطٍ، فَكَانَتِ الْمَرْأَةُ تَأْتِي الْمَرْأَةَ “

“Sihaq (lesbi) masuk dalam kategori liwat yang juga terjadi pada kaum Luth, yaitu seorang wanita menyetubuhi wanita.”

Dari Hudzaifah Radhiallaahu ’anhu,

“إِنَّمَا حَقُّ الْقَوْلِ عَلَى قَوْمِ لُوْطٍ حِيْنَ اسْتَغْنَى النِّسَاءُ بِالنِّسَاءِ ، وَالرِّجَالُ بِالرِّجَالِ”

“Sesungguhnya benarlah ucapan (Allah Subhaanahu wa Ta’ala) atas kaum Luth tatkala kaum wanita (dari mereka) merasa cukup dengan para wanita dan kaum lelaki merasa cukup dengan para lelaki.” (Para perawi hadits ini terpercaya, hadits ini dikeluarkan oleh Al-Baihaqi dalam Syu’b Al-Iimaan dan oleh As-Suyuthi dalam Ad-Daar Al-Mantsuur (3/100)

Diriwayatkan dari Abu Hamzah, beliau berkata, ”Saya pernah mengatakan kepada Muhammad bin Ali bahwa:

“عَذَّبَ اللهُ نِسَاءَ قَوْمِ لُوْطٍ لِعَمَلِ رِجَالِهِمْ”’

“Allah ’Azza Wa Jalla mengadzab para wanita kaum Luth karena perbuatan para lelaki mereka?”

Kemudian, Muhammad bin Ali berkata:

“اَللهُ أَعْدَلُ مِنْ ذَلِكَ ، اِسْتَغْنَى الرِّجَالُ بِالرِّجَالِ ، وَالنِّسَاءُ بِالنِّسَاءِ”

“Allah lebih adil dari itu (adanya adzab) karena, kaum lelaki telah merasa cukup dengan para lelaki dan kaum wanita telah merasa cukup dengan para wanita.” ( Hadits ini dikeluarkan oleh Al-Baihaqi, Ibnu Abiddunya dan Ibnu ‘Asakir)

B. Hukuman Perbuatan Sihaq (Lesbi)

Kita telah melihat apa yang dinukil oleh sebagian (ulama) tentang hukuman Allah Subhaanahu wa ta’ala terhadap para wanita kaum Luth bersamaan dengan para lelaki mereka, yaitu ketika para lelaki merasa cukup dengan kaum lelaki maka hukumannya pun telah diketahui, tidaklah samar bagi seorang pun.

Meskipun Ibnul Qayyim berkata,

” وَلَكِنْ لاَ يَجِبُ الْحَدُّ بِذَلِكَ لِعَدَمِ الإِيْلاَجِ، وَإِنْ أُطْلِقَ عَلَيِهِمَا اسْمُ الزِّنَا الْعَامُ كَزِنَا الْعَيْنِ وَالْيَدِ وَالرَّجُلِ وَالْفَمِ “

“Akan tetapi, tidaklah wajib padanya (yaitu dalam perbuatan lesbi) hukuman (bunuh) karena tidak adanya ilaj walaupun disematkan kepada keduanya (dimaksud oleh Ibnul Qayyim dengan ucapannya “kepada keduanya” ialah seorang lelaki menggauli lelaki lain dengan kemaluan tanpa adanya ilaj dan seorang wanita yang menggauli wanita lain maka tidak terjadi ilaj padanya.) nama zina secara umum, seperti zina mata, zina tangan, zina kaki, dan zina mulut.” ( Al-Jawaab Al-Kaafi, hlm. 201.)

Demikian juga, Selain beliau ada yang berkata,

” أَنَّهُ لَيْسَ فِيْهِ إِلاَّ التَّعْزِيْرُ “

“Tidaklah ada pada perbuatan lesbi, kecuali ta’zir” (Ta’zir adalah hukuman bagi para pelaku maksiat tidak sampai dibunuh.)

Akan tetapi, tidaklah hal tersebut menjadikan kita untuk menyepelekan dan menganggap remeh dosa lesbi karena seorang wanita jika menjalani dosa tersebut, ia telah meletakkan kedua kakinya di atas jalan pebuatan yang keji. Ia akan melakukan yang selain dari itu dengan lebih cepat, jika terbuka sebuah kesempatan (baginya). Dan jika hukumannya berupa ta’zir (hukuman selain dibunuh), apakah setiap wanita yang melakukan hal tersebut akan pergi untuk dita’zir dan disucikan atau hukumannya ditangguhkan sampai (datang) hari kerugian dan penyesalan?

وَلَعَذَابُ الآخِرَةِ أَشَقُّ

“Dan sesungguhnya azab akhirat adalah lebih keras.” (QS. Ar-Ra’d [13]: 34)

Sumber: Buku Seks Bebas Undercover (Halaman 84-87), Penulis Asy-Syaikh Jamal Bin Abdurrahman Ismail dan dr.Ahmad Nida, Penerjemanah Syuhada abu Syakir Al-Iskandar As-Salafi, Penerbit Toobagus Publishing, Bandung. Dikutip dari Blog Al Akh dr. Abu Hana.


Muhammad zahir dan batin

$
0
0

Dalam bahasa tasawuf atau sufi hakikat Muhammad berhubungan dengan Roh Al Quddus dengan Roh Al-Muhammadiyah. Dibawah ini penulis kemukakan analisis hal tersebut dalam perspektif wali agung Syeikh Abdul Qodir Al-Jaelani dan juga dalam perspektif wali di tanah jawa , yang sebagian perjalanan pemahaman tentang tasawufnya banyak di pengaruhi oleh wali agung Syeikh Abdul Qodir Al-Jaelani.

Anda mungkin pernah bertanya-tanya mengapa wajah rasulullah tidak bisa atau tidak boleh di gambarkan..? Alasan yang muncul kadang karena pada saat itu belum ada fotografi sehingga gambarnya tidak mungkin tepat. Kalau hanya itu alasanya, Kurang tepat bagi saya, karena pada masa nabi-nabi yang lain juga belum ada teknik foto, dan tidak dipermasalahkan gambar-gambar para nabi dan wali yang ada. Bagaimana hendak dikatakan belum ada teknik foto sedangkan iblis sendiri pun tidak boleh menyerupai Rasulullah kerana telah diharamkan oleh Allah keatas iblis.

Kalau kita melihat banyak kitab dan buku yang ada, penggambaran Allah dan Nabi Muhammad diilustrasikan dengan dengan cahaya yang terang benderang. inspirasi dari ilustrasi cahaya tersebut sebenarnya berasal dari QS : An-Nur:35 tentang Nur Illahi. Sementara Muhammad adalah personalisasi di dunia Nur tersbut. Maka dalam hal diri Muhammad yang harus di perhatikan bukanlah semata-mata zahirnya, akan tetapi dirinya dalam bentuk asal iaitu Nur Muhammad.

Cahaya pilihan dalam bentuk manusia yang terpuji (Sempurna). Kerana justru dengan Nur Muhammad itulah, maka dengan diri yang zahir Nabi Muhammad bermakrifat secara musyahadah dan dengan mata telanjang (Ibn Arabi:26) dan dengan cahaya makrifat Nabi Muhammad maka seluruh makhluk dapat mengenali, dan melalui keutamaannya mengungguli seluruh makhluk, mereka memberi pengakuan. Jelas menurut Syeikh Abdul Qodir Al-Jaelani, Nur Muhammad ciptaan pertama dan utama Allah, yang di cipta dari Nur Allah ( Diri yang Hakiki ) itu sendiri, atau memang cahaya khusus yang di karuniakan Allah sendiri, untuk merujuk pada keutamaan dan kemuliaanya sebagai seorang Al-insan Al-kamil (al-jaelani:121).

Dalam kaitan bahwa Nabi Muhammad Hakikatnya bukan sosok historisnya yang harus di rujuk, maka Asma’ Muhammad bukanlah nama asal dari Rasulullah yang agung ini. Muhammad adalah nama dunianya, dimana nama aslinya sejak kecil adalah “ Ahmad ”, diri yang penuh dengan keterpujian. Sementara secara sepiritualnya, dan dalam posisinya terhadap Allah, Rasulullah mengemukakan dirinya sendiri bahwa: “ Ana Ahmadun bil’a mim ” . Artinya pada dirinya tidak lain hanyalah penyandang nama “ Ahad ” dia adalah ciptaan dan rahmat dari yang Esa. Inilah yang juga di sebut Roh Al- Quds, Roh suci untuk meneruskan penzahiran yang paling sempurna dalam peringkat alam lahut (Al-jaelani:27) dalam hal ini para wali kuno tanah jawa memberikan penjelasan secara tepat sbb:

” Muhammad itu pada hakikatnya Nur Allah, yang dalam bentuk lahir ialah muhammadd ” dari ungkapan imam Al ghazali: Bahawa muhammad yang seorang Nabi/Rasul dengan Muhammad yang seorang Arab mesti kita harus bisa membezakan walaupun memang kenyataanya Nabi Muhammad lahir di jazirah arab, kita harus mengetahui mana yang dikatakan ” Awal Muhammad,Akhir Muhammad, Zahir Muhammad, Batin Muhammad, kita juga harus pandai membedakan mana yang awal mana yang akhir, mana yang zahir dan mana yang batin.

Disinilah rahsia dari menyatunya syahadat Rasul ke dalam syahadat Tauhid, dan inilah jawaban mengapa sejak Nabi Adam AS menghuni surga, digerbangnya sudah terdapat tulisan syahadat Rasul ini. Ya Nur Muhammad selalu menyertai Roh dari semua jiwa yang akan dan pernah ada di alam semesta ini. Ini pula kunci rahsia mengapa para nabi yang pernah ada memohon kepada Allah agar di jadikan sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W. (Al-jaelani :121).

Nur Muhammad dalam perspektih Syeikh Abdul Qodir Al-jaelani di sebut dengan sebutan Roh Muhammad, yang diciptakan dari cahaya ketuhanan ( Nurun Ala Nurin ) Nur Muhammad merupakan realiti ghaib yang menjadi inti kepada segala penciptaan. Oleh karenannya kadang ia disebut Nur, Roh, Qalam ( tercipta dari perkataan kun ). Ia merupakan realiti yang memiliki banyak nama menurut fungsi dan dari mana sudut mana kita memandang (al-jaelani:7).

Maka realiti batin seperti inilah yang diberikan kepada orang-orang sufi sebagai Hakikat Al-Muhammadiyah. Jika disebut dengan Nur atau Cahaya karena ia memang bebas dan bersih dari segala kegelapan, karena adanya cahaya tsb, realiti dalam fungsinya didunia nampak pada gelarnya sebagai ‘Aql Al-kull ( Akal semesta ) kerana pengetahuanya tentang segala sesuatu. Ia mendapat gelar Qalam, karena dari pengetahuanya dalam akal semesta ia menyebarkan ilmu dan hikmah dan menzahirkan ilmu dalam bentuk huruf dan perkataan, ia disebut Roh karena menjadi inti kehidupan, dan memunculkan yang hidup.

Maka menurut Al-jaelani, Muhammad adalah nama insan dalam alam ghaib, dimana Roh berkumpul, yang menjadi sumber dan asal segala sesuatu. Disinilah letak dari logiknya bahawa Allah menciptakan alam, karena akan menciptakan makhluk dari Muhammad untuk keperluan alam ini, dari kelahiran Nur Muhammad inilah diikuti oleh penciptaan makhluk-makhluk yang lain serta Arasy-nya.

Menurut Al-Jaelani dan para tokoh sufi lainya, Allah kemudian menurunkan Nur dari tempat kejadianya, yaitu alam Lahut ke alam Asma’ Allah, yaitu alam penciptaan sifat-sifat Allah dan alam akal Roh semesta, kemudian di turunkan lagi ke alam malaikat utk di pakaikan pakaian kemalaikatan, lalu di turunkan lagi ke alam ajsam yang terjadi unsur api, udara, air dan tanah, disitulah Roh diberikan jasmaniah beserta nafsu-nafsunya (al-jaelani:9).

Setelah Roh mengalami alam jasmaniah inilah ia mula mengalami kehilangan Nur, dan lupa akan asal serta perjanjian azalinya dengan Allah. Namun Allah juga tetap memberikanya bekal untuk kembali dalam bentuk mata hati atau bashirah yang menjadi gerbang bagi gerak bebas Roh Al -Idhafi sebagai mursyid setiap jiwa. Hanya saja , basirah ini akan berfungsi optimal kalau seseorang selalu berada dalam taqarrubnya kepada Allah.

Dengan bashirahnya inilah ia akan sanggup menembus kabut alam ghaib, dan menyingkap segala hijab yang menjadi penghalangnya utk kembali kepada Allah. Orang sudah dapat memfungsikan bashirahnya dan mendayagunakan Roh Al-Muhammad-nya sebagai pusat perjalanan sepiritualnya, maka ia akan bisa menembus semesta, karena letaknya Nur Muhammad itu sendiri berada di langit tujuh berada dalam Arsy-nya yang menyatu dengan Allah itu sendiri, ia akan dapat kembali terserap dalam kesatuan Nur yang hakiki, sehingga ia dapat melihat apa yang belum pernah dilihat, dan mengatasi semua penglihatan dan benda yang dapat dilihat.

Menurut Al-Jaelani, hal yang di perlukan orang awam utk membuka bashirahnya adalah dengan mencari orang yang bashirohnya sudah terbuka dan sudah di daya gunakan secara optimal, hanya melalui orang yang mata hatinya sudah di fungsikan secara semestinya, orang awam dapat memasuki dunia sufisme, serta menunggu giliranya utk terbukanya mata bashirohnya kepada Allah. Kerana hanya dengan terbukanya pintu bashirohnya inilah, maka ia dapat menjalani fungsi utamanya di ciptakan didunia, yakni utk bermakrifatullah. Yang harus di ingat adalah bahwa posisi Roh Al-Muhammadiyah ini hanya dapat bertahan dan berfungsi pada peribadi rasul, nabi, auliya, dan kekasih-kekasinya, maka tidak ada pilihan lain bagi diri kita masing-masing untuk semaksimal mungkin agar dapat menjadi hamba dan kekasih Allah.

Tentu sempat muncul pertanyaaan , mengapa Roh suci ini di turunkan kedunia yang fana’ ini ? Ia di hantarkan ketempat yang paling terendah supaya ia dapat kembali keasalnya yaitu berpadu dan berdampingan dengan Allah saja atau “ innal lillahi wa inna ilahi rajiun ”. Seperti ketika ia berada dalam pakaian daging, darah, dan tulang itu. Melalui mata hati yang ada di dalam wadah-nya, ia dapat selalu menanam, memelihara dan memupuk benih kesatuan dan ke-Esaan, serta berusaha menyuburkan rasa “ berpadu ” dan berdampingan” dengan Allah, demikian menurut Syeikh Abdul Qodir Al-Jaelani (al-jaelani:28). Inilah hakikat roh suci.

Adapun ganjaran bagi Roh suci, menurut Al-Jaelani, adalah melihat makhluk yang pertama dilahirkan. Ketika itu, ia akan dapat melihat keindahan Allah, kepadanya di perlihatkan rahsia illahiah. Penglihatan dan pendengaranya menjadi satu, tidak ada perbandingan, tidak ada persamaan, dengan sesuatu apapun. dilihatnya kesatuan Jalal ( kegagahan, kemurkaan ) dengan sifat jamal ( keindahan, kecantikan) Allah. Sifat Jalal dan Jamal menjadi satu dalam pandanganya (al-jaelani:27). Inilah kunci kearifan dirinya sebagai buah makrifat dan hakikat yang telah di saksikan dan dialami oleh Roh suci. Ia mendapat kurnia kebeningan dan kesucian batinnya berupa Shafa’ Al-Asror ( rahasia-rahasia suci ). Dan pengalaman parawali inilah yang menjadikan benar-benar hidup di sisi tuhanya, walaupun jasad kita kembali kepada Zatnya masing-masing, inilah kehidupan sejati yang perlu kita capai hidup penuh dengan kesempurnaan di sisi illahi rabbi…


Hukum bersetubuh dengan binatang

$
0
0

SEORANG Seorang wanita di Las Vegas, negara bahagian Nevada, Amerika Syarikat ditangkap polis kerana melakukan hubungan seks dengan seekor anjing jenis pit bull. Tindakan menjijikkan ini dilakukannya di halaman belakang rumahnya, disaksikan tetangganya.

Diberitakan Huffington Post minggu ini, tetangganya yang jijik melihat pemandangan tidak senonoh itu menghubungi polis. Saat polis itu sampai ke rumahnya, gadis yang diketahui bernama Kara Vandereyk itu tengah telanjang bulat di atas tanah dengan anjingnya.

Wanita 23 tahun itu lalu diberi selimut menutup tubuhnya dan selanjutnya dibawa ke penjara ibukota negara bahagian, Clark County Jail. Vandereyk didakwa di bawah pasal pencabulan. Hubungan seks dengan binatang atau bestiality memang tidak dianggap hal yang melanggar hukum di Nevada. Namun, tindakan tidak senonoh di depan publik masuk dalam ranah kriminal.

Di beberapa negara bahagian di AS, bestialiy dilarang, seperti di Pennsylvania, Iowa, Illinois dan Washington. Kes hubungan seksual dengan binatang biasa di AS. Bulan lalu di Delaware seorang wanita berusia 24 tahun didakwa setelah berhubungan seks dengan haiwan. Aksinya sempat diabadikan dalam bentuk foto oleh pacarnya sendiri.

November 2012, polis Arizona menahan wanita 20 tahun kerana melakukan oral seks dengan dua anjing. Tindakan ini dilapor oleh mantan karibpnya. Beberapa negara juga telah melarang hal ini. Di antaranya adalah Belanda, Perancis dan Swiss. Namun di beberapa negara seperti Belgium, Denmark dan Sweden, praktik ini dibolehkan. Di Jerman, berhubungan seks dengan binatang akan dikenakan denda sebesar 25,.000 euro.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa jadi begini? Kerana tidak ikut landasan perdaban kemanusiaan dan agama. Tidak ikut agama fitrah jadi macam binatang, walaupun ia sebuah kerajaan. Kerajaan yang menjadikan rakyatnya sebagai binatang! BNkah?

Apa hukum bersetubuh dengan binatang dalam Islam?

Termasuk dari kotornya fitrah, terbalik, dan terjungkirnya (fitrah) ke belakang, iaitu seorang manusia menyalurkan syahwatnya pada binatang, makhluk yang tidak dapat bercakap. Engkau akan melihat sifat kemanusiaannya terbalik ke belakang kerana ia turun pada derjat yang rendah. Maka ia akan mendapati dirinya terbelit seks (syahwat) baik dengan anjing, keledai, kera, atau apa pun dari semua binatang sesuai dengan tabiat dan keinginannya.

Maka dia bersetubuh dan melampiaskan syahwat dengan binatang-binatang itu. Sungguh Nabi SAW bersabda dalam apa yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radiallaahu ‘anhu,

“ مَلْعُونٌ مَنْ أَتَى شَيْئًا مِنَ‏‎ ‎الْبَهَائِمِ …”

“Terlaknatlah siapa saja yang mendatangi satu jenis dari binatang ….” Hadits ini masih panjang. [1]

Ibnul Qayyim Rahimahullah berkata,

“ وَلا رَيْبَ أَنَّ الزَّاجِرَ‏‎ ‎الطَّبْعِيَّ عَنْ إِتْيَانِ‏‎ ‎الْبَهِيْمَةِ أَقْوَى مِنَ‏‎ ‎الزَّاجِرِ الطَّبْعِيِّ عَنِ‏‎ ‎التَّلَوُّطِ”

“Tidak diragukan lagi bahawa (penentangan) batin akan perbuatan menyetubuhi binatang lebih kuat dari penentangan batin akan perbuatan gay.“ [2]

Tidak diragukan lagi, orang yang melakukan perbuatan ini tidaklah menjauh dari semua perbuatan keji. Ia berada dalam keadaan lebih teruk… Kerana ia tidak akan setubuhi binatang kecuali tidak sanggup setubuhi binatang, berzina, gay, atau ia dalam keadaan yang sedang mengigau.. sehingga tidaklah ia menemui satu perbuatan keji, kecuali melakukannya.

Menyetubuhi Binatang

Ibnul Qayyim Rahimahullah berkata,

لِلْفُقَهَاءِ فِيْهِ ثَلاثَةُ‏‎ ‎أَقْوَالٍ :
* أَحَدُهَا : يُؤَدَّبُ وَلا حَدَّ‏‎ ‎عَلَيْهِ.
* وَالثَّانِيْ : حُكْمُهُ حُكْمُ‏‎ ‎الزَّانِيْ.
* وَالثَّالِثُ : حُكْمُهُ حُكْمُ‏‎ ‎اللُوْطِيِّ.

Di kalangan ahli fiqih ada tiga pendapat:

Pertama, ia dididik dan tidak dihukum.
Kedua, hukumannya sama seperti berzina.
Ketiga, hukumannya sama seperti gay.

وَالَّذِيْنَ قَالُوْا بِْقَتْلِهِ‏‎ ‎احْتَجُّوْا بِحَدِيْثِ ابْنِ‏‎ ‎عَبَّاسٍ الَّذِيْ رَوَاهُ أَبُوْ‏‎ ‎دَاوُدَ عَنِ النِّبِيِّ : » مَنْ‏‎ ‎أَتَى بَهِيمَةً فَاقْتُلُوهُ‏‎ ‎وَاقْتُلُوهَا مَعَهُ «، قَالُوْا‎ ‎لأَنَّهُ وَطْءٌ لا يُبَاحُ بِحَالٍ‏‎ ‎فَكَانَ فِيْهِ الْقَتْلُ كَحَدِّ‏‎ ‎الْلُوْطِيِّ، وَمَنْ لَمْ يَرُدَّ‏‎ ‎عَلَيْهِ حَدًّا قَالُوْا : “لَمْ‏‎ ‎يَصِحْ فِيْهِ الْحَدِيْثُ، وَلَوْ‏‎ ‎صَحَّ لَقُلْنَا بِهِ وَلَمْ‏‎ ‎يَحِلَّ لَنَا مُخَالَفَتُهُ ”

“Adapun mereka yang berpendapat agar dibunuh, berdalil dengan hadits Ibnu Abbas RA yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, dari Nabi SAW

” مَنْ أَتَى بَهِيمَةً‏‎ ‎فَاقْتُلُوهُ وَاقْتُلُوهَا مَعَهُ“‏

“Siapa saja yang mendatangi binatang maka bunuhlah ia dan bunuhlah binatangnya bersamanya.“ [3]

Mereka berpendapat kerana perbuatan ini tidak dibolehkan dalam keadaan bagaimanapun maka dia dibunuh sebagaimana hukuman bagi pelaku gay.

Adapun kelompok yang berpendapat tidak adanya hukuman, mereka berkata,

” لَمْ يَصِحَّ الْحَدِيْثُ،‏‎ ‎وَلَوْ صَحَّ لَقُلْنَا بِهِ‏‎ ‎وَلَمْ يَحِلَّ لَنَا
مُخَالَفَتُهُ “

“Hadits (di atas) tidak shahih, jika hadits ini shahih sungguh kami akan berpendapat dengannya dan tidak halal bagi kami untuk menyelisihinya.” [4]

Al-Imam Al-Auza’i Rahimahullah berpendapat ada hukuman bagi pelakunya dan yang selainnya berpendapat agar dita’zir. [5]. Al-Imam Asy-Syaukani Rahimahullah memberikan catatan terhadap hadits Ibnu Abbas RA, beliau berkata,

“Dalam hadits itu terdapat dalil agar binatang itu dibunuh. Alasannya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Dawud Rahimahullah dan Al-Imam An-Nasai Rahimahullah, dikatakan kepada Ibnu Abbas RA

” مَا شَأْنُ الْبَهِيمَةِ ؟ ”

“Bagaimana dengan binatangnya?”

Beliau Ibnu Abbas RA menjawab:

” مَا أَرَاهُ قَالَ ذَلِكَ‏‎ ‎إِلاَّ أَنَّهُ يُكْرَهُ أَنْ‏‎ ‎يُؤْكَلَ لَحْمُهَا وَقَدْ‏‎ ‎عُمِلَ بِهَا ذَلِكَ الْعَمَلُ “

“Aku tidak tahu kalau Rasulullah SAW berkata seperti itu (yakni dibunuh). Hanya saja dagingnya makruh untuk dimakan kerana haiwan tersebut telah disetubuhi.”

Adapun alasan pendapat untuk haiwan yang disetubuhi ini telah berlalu begini dan begitu … -sampai ucapan beliau: disebutkan dalam Al-Bahr bahawa binatang tersebut disembelih, walaupun dagingnya tidak dimakan agar tidak terlahir keturunan yang jelek …

sebagaimana diriwayatkan bahawa ada seorang penggembala yang menyetubuhi haiwan, lalu haiwan itu melahirkan keturunan yang jelek.” [6]

Selesai ucapan Ibnul Qayyim.

Yang nampak dari perkataan Ibnul Qayyim Rahimahullah bahawasanya beliau menguatkan pendapat agar orang yang menyetubuhi binatang dibunuh.
Hal tersebut dimaksudkan dalam kitabnya Al-Jawaab Al-Kaafi, hlm.
128.

SUMBER : Buku SEKS BEBAS UNDERCOVER (Halaman 84-87), Penulis Asy-Syaikh Jamal Bin Abdurrahman Ismail dan dr. Ahmad Nida, Penerjemah Syuhada abu Syakir Al-Iskandar As-Salafi, Penerbit: Toobagus Publishing, Bandung. Lihat http://kaahil.wordpress.com/2009/07/22/hukum-zoophilia-menyetubuhi-binatang/
____________________
[1] Hadits ini diriwayatkan oleh Ath-Thabrani di dalam Al-Ausath dan oleh Al-Hakim, ia berkata, “Sanadnya shahih.”
[2] Al-Jawaab Al-Kaafii, hlm. 201.
[3] Hadits ini diriwayatkan oleh Ahmad (2420), Abu Dawud (4464), At-Tirmidzi (1454), Al-Hakim (4/355) dan Al-Baihaqi (8/233-234) dari Ibnu Abbas dan sanadnya hasan. Hadits ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah (2565) dari Ibnu Abbas juga dengan lafal: “Siapa saja yang menyetubuhi mahramnya, maka bunuhlah ia, dan siapa saja yang menyetubuhi binatang, maka bunuhlah ia dan bunuhlah binatangnya”, di dalam sanadnya ada kelemahan, tetapi sanad hadits ini lebih shahih, lihat Zaadul Ma’aad, Jilid 5, hlm. 41 yang ditahqiq oleh Al-Arnauth.
[4] Al-Jawaab Al-Kaafii.
[5] Ahkaamul Qur’aan karya Al-Jashshaash, Jilid 5, hlm. 105.
[6] Fiqhus Sunnah, Jilid 2, hlm. 370.


Keutamaan bertaubat menurut al Quran

$
0
0

Keutamaan bertaubat menurut Al Qur’an dinyatakan seperti berikut:

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.” (Surah Al Baqarah: 222).

Maka apakah darjat yang lebih tinggi dari pada mendapatkan kasih sayang Rabb semesta alam?

Dalam menceritakan tentang ‘Ibadurrahman’ yang Allah SWT berikan kemuliaan dengan menisbahkan mereka kepada-Nya, serta menjanjikan bagi mereka syurga, yang di dalamnya mereka mendapatkan ucapan selamat dan mereka kekal di sana, serta mendapatkan tempat yang baik.
Firman Allah SWT:
“Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan demikian itu, nescaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya).” (Surah Al Furqaan: 68).

Apa lagi keutamaan yang lebih besar dari pada orang yang bertaubat itu mendapatkan keampunan dari Allah SWT , hingga keburukan mereka digantikan dengan kebaikan?

Dalam penjelasan tentang luasnya pengampunan Allah SWT dan rahmat-Nya bagi orang-orang yang bertaubat. Allah SWT berfirman:
“Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Az-Zumar: 53).

Ayat ini membuka pintu dengan seluas-luasnya bagi seluruh orang yang berdosa dan melakuan kesalahan. Meskipun dosa mereka telah mencapai hujung langit sekalipun. Seperti sabda Rasulullah Saw:
“Jika kalian melakukan kesalahan-kesalahan (dosa) hingga kesalahan kalian itu sampai ke langit, kemudian kalian bertaubat, nescaya Allah SWT akan memberikan taubat kepada kalian.” (Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abu Hurairah, dan beliau menghukumkannya sebagai hadis hasan dalam kitab Sahih Jami’ Saghir – hadis ke 5235).

Di antara keutamaan orang-orang yang bertaubat adalah, Allah SWT menyuruh para malaikat muqarrabin untuk beristighfar bagi mereka serta berdo’a kepada Allah SWT agar Allah SWT menyelamatkan mereka dari azab neraka dan memasukkan mereka ke dalam syurga serta menyelamatkan mereka dari keburukan. Mereka memikirkan urusan mereka di dunia, sedangkan para malaikat sibuk dengan mereka di langit.

Allah SWT berfirman:
“(Malaikat-malaikat) yang memikul ‘arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan mengucapkan): “Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah keampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari seksaan api neraka yang menyala-nyala. Wahai Tuhan kami, dan masukkanlah mereka kedalam syurga ‘Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang soleh di antara bapak -bapak mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah Yang maha Perkasa lagi Maha Bijaksana, dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan. Dan orang-orang yang Engkau pelihara dari (pembalasan) kejahatan pada hari itu maka sesungguhnya telah Engkau anugerahkan rahmat kepadanya dan itulah kemenangan yang besar.” (Surah Ghaafir: 7-9).

Terdapat banyak ayat dalam Al-Qur’an yang mengkhabarkan akan diterima taubat orang-orang yang melakukan taubat jika taubat mereka tulus dan ikhlas dengan banyak redaksi. Dengan berdalil pada kemurahan kurnia Allah SWT, keampunan dan rahmat-Nya, yang tidak merasa sempit dengan perbuatan orang yang melakukan maksiat, meskipun kemaksiatan mereka terlalu banyak.

Seperti dalam firman Allah SWT:
“Tidakkah mereka mengetahui, bahawasanya Allah menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan menerima zakat, dan bahawasanya Allah itu Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang?” (Surah At-Taubah: 104)

“Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan.” (Surah Asy-Syuuraa: 25)

Ayat-ayat di atas ditujukan terutama kepada orang yang bertaubat dan melakukan perbaikan. Dengan kata lain, orang yang bertaubat dan melakukan amal yang soleh seperti dalam firman Allah SWT dalam masalah lelaki dan wanita yang mencuri:
“Maka barangsiapa yang bertaubat (di antara pencuri-pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan itu, dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha Penyayang”. (Surah Al-Maaidah: 39)

“Tuhanmu telah menetapkan atas diri-Nya kasih sayang, (yaitu) bahawasanya barangsiapa yang berbuat kejahatan di antara kamu lantaran kejahilan, kemudian dia bertaubat setelah mengerjakannya, dan melakukan perbaikan, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Al-An’aam: 54)

“Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan kerana kebodohannya, kemudian mereka bertaubat setelah itu, dan memperbaiki (dirinya) sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah An-Nahl: 119)

Allah SWT berfirman kepada Rasul-Nya:
“Sesungguhnya jikalau mereka ketika menganiaya diri mereka datang kepadamu, lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulpun memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. (Surah An-Nisa: 64)
Dari beberapa ayat di atas, dapatlah kita fahami bahawa pengampunan dan rahmat Allah itu tersangat luas. Allah HANYA akan mengampunkan hamba-hamba-Nya yang tulus dan ikhlas untuk bertaubat, menyesal dengan sungguh-sungguh di atas segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukannya serta menetapkan azam dan yakin dengan penuh semangat untuk tidak mengulangi dosa dan kesalahan tersebut walaupun hanya dosa-dosa kecil kerana dosa kecil apabila sering dilakukan akan menjadi dosa besar apatah lagi sering melakukan dosa-dosa besar.

Mudah-mudahan,segala dosa dan kesalahan kita diampunkan oleh Allah SWT dan pintu taubat masih terbuka dengan kasih sayang Allah agar Allah meredhai kehidupan kita di dunia yang sementara ini yang dipinjamkan kepada kita dan seterusnya mendapat kebesaran di sisi Allah dengan menjanjikan syurga ‘Adn kepada hamba-hambaNya yang bertaubat.

Wassalam


Viewing all 270 articles
Browse latest View live