Quantcast
Channel: Jalan Akhirat
Viewing all 270 articles
Browse latest View live

Larangan bersikat rambut setiap hari

$
0
0
LARANGAN MENYISIR RAMBUR SETIAP HARI Oleh : asy-Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani –rohimahulloh- نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ التَّرَجُّلِ إِلاَّ غِبًّا “Rosululloh shollallohu alaihi wa sallam melarang menyisir kecuali ‘ghibban’.” [Lihat takhrijnya di ash-Shohihah no. 501] Hadits ini … Continue reading

22 Wirid selepas solat fardhu

$
0
0
WIRID SELEPAS SOLAT FARDHU Diringkaskan dari kitab ‘hidayatus salikin’, selepas solat bacalah: 1. ASTAGHFIRULLAH (3KALI) 2. ASTAGHFIRUL LAH HAL A’ZIM ALLAZI LAA ILA HA ILLA HUWAL HAYYUL QOYYUM WA A TUBU ILAIH 3. ALLAHUMMA AJIRNA MINANNAR (3KALI) 4. ALLAH HUMMA … Continue reading

Nama-nama Malaikat dan tugasnya

$
0
0
1) Malaikat Jibril, tugasnya Menyampaikan wahyu 2) Malaikat Mikail, tugasnya Menyebarkan rezeki dan menurunkan hujan 3) Malaikat Israfil, tugasnya Meniupkan Sangkakala 4) Malaikat Izrail, tugasnya Mencabut nyawa Makhluk hidup 5) Malaikat Raqib, tugasnya Mencatat amal kebaikan manusia 6) Malaikat Atid, … Continue reading

Kitab-Kitab Allah swt

$
0
0
Pengertian Kitab-Kitab Allah swt Al Kutub secara bahasa berarti kitab-kitab Allah. Sedangkan secara istilah adalah kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah swt kepada rasul-rasul-Nya sebagai rahmat dan hidayah bagi seluruh umat manusia agar mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Kewajiban … Continue reading

Rasul Ulul Azmi

$
0
0
Ulul Azmi adalah gelaran yang diberikan kepada para rasul yang memiliki kedudukan tinggi/istimewa kerana ketabahan dan kesabaran yang luar biasa, dalam menyebarkan agama Islam. Di antara 25 rasul, terdapat 5 orang rasul yang mendapatkan gelaran Ulul Azmi. Ulul Azmi adalah … Continue reading

Makam makam nafsu manusia

$
0
0
1. NAFSU AMMARAH (JAHAT) Nafsu ammarah ialah nafsu tingkat yang paling jahat. Ia tidak lain mengajak manusia yang dikuasainya ke jalan kejahatan, melakukan maksiat dan seronok melakukannya. Nafsu ammarah disebut oleh Allah di dalam Al-Quran, Firman Allah yang bermaksud, “ … Continue reading

Bacaan Talkin

$
0
0
Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa Maha Suci Tuhan yang menjadikan mat Dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang … Continue reading

Rukun Iman

$
0
0
Rukun Iman ada enam (6) perkara : (1) Beriman kepada ALLAH SWT (2) Beriman kepada Malaikat-malaikat (3) Beriman kepada Kitab-kitab (4) Beriman kepada Rasul-rasul (5) Beriman kepada Hari Kiamat (6) Beriman kepada Qada dan Qadar

Sifat sifat orang yang beriman

$
0
0
(Surah Al-Anfal.Ayat:2) “ Sesungguhnya orang-orang beriman yang bila disebut Allah gementar hatinya,dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah kepadanya maka bertambahlah imannya, sedang mereka itu bertawakkal kepada tuhannya.” Huraian Sepotong ayat di atas sudah terang lagi bersuluh buat renungan kita bersama,bahawa betapa … Continue reading

Hakikat Iman dan Islam

$
0
0
Allah Subhannahu wa Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang jika disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka (karenanya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal, (yaitu) orang-orang yang mendirikan shalat … Continue reading

Hakikat dua kalimah syahadah

$
0
0
Ahli Makrifat itu tidak mempunyai makrifat jika ia tidak mengenal Allah dari segala sudut dan dari segala arah mana saja ia menghadap. Ahli Hakikat hanya ada satu arah iaitu ke arah Yang Hakiki itu sendiri. “Ke mana saja kamu memandang, … Continue reading

Hakikat Lailahaillallah Muhammadurrasulullah – لا اله الا الله محمد رسول الله

$
0
0
Sebagai kaum muslim kita sering melafadzkan kalimat لا اله الا الله محمد رسول الله (laa ilaaha illallah Muhammad Rasulullah) atau yang lebih dikenal dengann kalimat tauhid. Tapi selama ini kita hanya sebatas melafadzkannya dengan lisan tanpa dibarengi dengan kamantapan hati … Continue reading

Kenali rohani jasmani jiwa dan raga manusia

$
0
0
Umumnya ramai orang yang hanya menyebut aspek kehidupan manusia itu hanya terdiri daripada rohani dan jasmani. Jarang diantara mereka yang mengetahui bahawa aspek kehidupan manusia itu terdiri daripada rohani jasmani jiwa dan raga. Rohani jasmani jiwa dan raga. Dalam firman … Continue reading

41 tanda dalam badan anda ada jin

$
0
0
Ada ramai juga di kalangan kawan yang tak ambil peduli pasal jin. Kawan-kawan jenis itu biasanya memandang remeh jika ada orang yang mendakwa mereka terkena gangguan jin atau buatan sihir manusia. Mereka rasa orang yang seperti itu adalah lekeh kerana … Continue reading

Hukum ibadat korban

$
0
0
Ibadat korban merupakan antara amalan yang amat disukai oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di mana baginda sentiasa menggalakkan sahabat-sahabat baginda melakukan ibadat korban. Ini memandangkan ibadat korban itu mempunyai banyak hikmah dan kelebihan-kelebihan yang memberi kebaikan kepada diri kita, agama … Continue reading

Ikhlas

$
0
0

1. Sifat ikhlas ialah menumpukan niat bagi setiap ibadah atau kerja yang dilakukan semata-mata kerana Allah s.w.t. dan diqasadkan ( niat ) untuk menjunjung perintah semata-mata serta membersihkan hati dari dosa riya’ , ujub atau inginkan pujian manusia.

2. Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran yang bermaksud :

“ Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah s.w.t. dengan mengikhlaskan ibadah kepadanya , lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar “.
( Surah Al-Bayyinah – Ayat 5 )

3. Setiap pekerjaan yang dilakukan hendaklah dibersihkan daripada sesuatu tujuan yang lain daripada taat kepada perintah Allah s.w.t.

4. Hendaklah dibersihkan niat daripada sebab-sebab yang lain dari sifat-sifat yang keji ( sifat mazmumah ) seperti riya’ , ujub , inginkan kemasyhuran dan lain-lain lagi.

5. Dalam meninggalkan larangan Allah s.w.t. hendaklah diniatkan untuk taat semata-mata bukan kerana malu kepada makhluk atau sebagainya.

( Rujukan Kitab – Mengenal Ilmu Tasawwuf – Mohd Sulaiman bin Hj. Yasin )


Tawakkal

$
0
0

Tawakkal iaitu menetapkan hati dan berserah kepada Allah pada segala perkara yang berlaku serta jazam (putus) pada i`tiqad bahawa Allah subhanahu wata‘ala yang mengadakan dan memerintahkan tiap-tiap sesuatu.

Berserah kepada Allah pada segala perkara itu hendaklah disertakan dengan ikhtiar dan usaha kerana Allah menjadikan sesuatu mengikut sebab-sebabnya, seperti dijadikan pandai kerana belajar, dijadikan kaya kerana rajin berusaha atau berjimat cermat dan sebagainya.


Mahabbah

$
0
0

Mahabbah iaitu kasihkan Allah subhanahu wata‘ala dengan mengingatiNya pada setiap masa dan keadaan.

Kasihkan Allah ialah dengan segera melakukan segala perintahNya dan berusaha mendampingkan diri kepada Allah dengan ibadah-ibadah sunat dan bersungguh-sungguh menghindari maksiat serta perkara-perkara yang membawa kemarahanNya.


Sifat Redha

$
0
0

1) Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t.

2) Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada’ atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.

3) Redha terhadap Allah s.w.t terbahagi kepada dua :

Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia.
Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.

Redha Menerima hukum Allah s.w.t. :

Redha menerima hukum-hukum Allah s.w.t. adalah merupakan manifestasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan kepada Allah s.w.t. kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa.

Merasa tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira dan senang menerima syariat yang digariskan oleh Allah s.w.t. dan Rasulnya adalah memancar dari mahabbah kerana cinta kepada Allah s.w.t. dan inilah tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepadaNya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
” Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh – sungguh “. ( Surah An-Nisaa’ : Ayat 65 )

Dan firman Allah s.w.t yang bermaksud :
” Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ‘ Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju “.
( Surah At Taubah : Ayat 59 )

Pada dasarnya segala perintah-perintah Allah s.w.t. baik yang wajib mahupun yang Sunnah ,hendaklah dikerjakan dengan senang hati dan redha. Demikian juga dengan larangan-larangan Allah s.w.t. hendaklah dijauhi dengan lapang dada .

Itulah sifat redha dengan hukum-hukum Allah s.w.t. Redha itu bertentangan dengan sifat dan sikap orang-orang munafik atau kafir yang benci dan sempit dadanya menerima hukum-hukum Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
” Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ( yang munafik ) berkata kepada orang-orang yang di benci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. ‘Kami akan tuntut kamu dalam sebahagian urusan kamu ‘,Tetapi Allah mengetahui rahsia mereka “. ( Surah Muhammad : Ayat 26 )

Andaikata mereka ikut beribadah, bersedekah atau mengerjakan sembahyang maka ibadah itu mereka melakukannya dengan tidak redha dan bersifat pura-pura. Demikianlah gambaran perbandingan antara hati yang penuh redha dan yang tidak redha menerima hukum Allah s.w.t. , yang mana hati yang redha itu adalah buah daripada kemurnian iman dan yang tidak redha itu adalah gejala nifaq.

Redha Dengan Qada’ :

Redha dengan qada’ iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah ( malapetaka ). Didalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t. . iaitu mereka memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang.

Diberitakan Rasulullah s.a.w. apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata :
” Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan “.

Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan , Baginda mengucapkan :
” Segala puji bagi Allah atas segala perkara “.

Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah s.w.t. dijelaskan didalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud :

” Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! ” Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata… itu memberi peluang pada syaitan ” . (Riwayat Muslim)

Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah s.w.t. Ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan bersandar kepada dua pengertian :

Pertama : Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi Dirinya kerana bagi Dialah sebaik-baik Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu.

Kedua : Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah s.w.t. itulah yang paling baik , dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
” Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya “.
( Riwayat Muslim )


Zikrulmaut

$
0
0

Zikrulmaut iaitu sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersedia dengan amalan-amalan yang baik.

Oleh kerana seseorang itu akan mati, maka hendaklah ia bersedia dengan amalan-amalan yang baik dan hendaklah ia memenuhkan tiap-tiap saat daripada umurnya itu dengan perkara yang berfaedah bagi akhiratnya kerana tiap-tiap perkara yang telah lalu tidak akan kembali lagi.


Viewing all 270 articles
Browse latest View live