Quantcast
Channel: Jalan Akhirat
Viewing all 270 articles
Browse latest View live

Tanda dialami orang Islam ketika 40 hari lagi mengalami saat kematian

$
0
0

Tanda dialami orang Islam ketika 40 hari lagi mengalami saat kematiannya

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.



Tanda dialami orang Islam ketika 7 hari lagi mengalami saat kematian

$
0
0

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


Tanda dialami orang Islam ketika 3 hari lagi mengalami saat kematian

$
0
0

Tanda dialami orang Islam ketika 3 hari lagi mengalami saat kematian

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


Tanda dialami orang Islam ketika satu hari lagi mengalami saat kematian

$
0
0

Tanda dialami orang Islam ketika satu hari lagi mengalami saat kematian

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Tanda tanda menjelang hari kiamat

$
0
0

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:

“ Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan ? ”.

Kami menjawab: “ Kami sedang berbincang tentang hari qiamat “.

Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya “. Kemudian beliau menyebutkannya:

1. Asap,

2. Dajjal,

3. Binatang,

4. terbit matahari dari tempat tenggelamnya,

5. turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,

6. Yakjuj dan Makjuj,

7. tiga kali gempa bumi, sekali di timur,

8. sekali di barat dan

9. yang ketiga di Semenanjung Arab

10. yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.

(H.R. Muslim)


Tidur gaya ahli neraka adalah meniarap

$
0
0

Diriwayatkan daripada Barra2 bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن

Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-

Tidur dengan meniarap

Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak.

Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Majalah ‘Times’ telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله

Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية

Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

Tidur menelentang

Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.

Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri.

Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri
Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur yang terbaik

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan.

Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.


Tanda tanda wanita itu telah dicintai jin jantan

$
0
0

Iaitu tanda-tanda seseorang wanita manusia yang
dicintai jin jantan…

Gejala-gejalanya :

1.Wanita itu selalu bermimpi berjumpa lelaki…
samada lelaki yang sama…atau silih berganti…
samada yang di kenalinya ataupun lelaki asing…

…bagaimanapun ia mempunyai ciri-ciri yang
sama iaitu semuanya ‘ hensom ‘ dan menawan
hati…

…kadang-kadang hanya saling berpandangan…
seperti orang yang baru mula berkenalan dan
bercinta…

…atau kadang-kadang ada juga hingga ke tahap
melakukan hubungan badan…

…tapi ada juga keadaannya…bukan lelaki ‘ hensom ‘
sebaliknya makhluk-makhluk ganjil yang menakut-
kan…

…ia bergantung kepada keadaan…dan jin bagaimana
yang mengganggu…

2.Jika jin jantan itu saka keturunan…
biasanya seseorang wanita itu akan bermimpi lelaki
sejak dari kanak-kanaknya lagi…

…untuk rawatan…
wanita ini juga perlu beramal sendiri…
…kerana biasanya jin itu sangat degil…dan ‘cintanya’
sampai ke mati…

3.Kadang-kadang ia didatangi makhluk ganjil…orang
asing…atau seperti rupa suaminya sendiri pada alam
antara tidur dan jaga…

…kadang-kadang hanya didatangi…atau mungkin di-
ganggu…atau buat hubungan badan sukarela…atau
mungkin wanita itu diperkosa…

4.Kadang-kadang ia merasa ada sesuatu bergerak di-
dalam saluran sulitnya…gatal atau hingga menimbul-
kan rasa birahi yang memuncak…

…ini salah satu sebab utama wanita jenis ini sangat
cenderung berbuat hubungan merata-rata tanpa
mengenal batas…

…iaitu ia sering merasa bernafsu tiba-tiba tanpa
sebab…

…dari satu segi…
ia adalah wanita manusia yang teraniaya oleh
kejahatan jin…
dan kadang-kadang di luar kawalan…

…dan rahsia utamanya…iaitu kerana jin itu turut
serta dalam hubungan badan dengan wanita tersebut.

5.Selalu atau kadang-kadang ia mengalami sakit pada
bahagian kepala…

6.Ia mudah jatuh hati kepada mana-mana lelaki…
walaupun ia telah bersuami..

…dan besar kecenderungannya berlaku curang
terhadap pasangannya…

…ia ada daya penarik tersendiri…terutama kepada
lelaki yang ada gangguan jin dalam dirinya…

7.selalu atau kadang-kadang sukar tidur di waktu
malam…

…dan siangnya ia sering merasa lemas badan…

8.Selalu atau kadang-kadang ia dapat merasa sesuatu
yang aneh masuk ke dalam tubuhnya…

9.Selalu atau kadang-kadang terbayang suatu
lembaga ganjil atau bayangan lelaki memerhatikan-
nya dari mana-mana…

10.Sukar mengerjakan solat…ada-ada saja halangan-
nya termasuk menunda-nunda hingga terlewat
masa…

11.Sering merasa lemas badan seolah-olah sangat
letih tanpa sebab munasabah.

12.Kadang-kadang di antara tidur dan jaga…ia di-
datangi makhluk menyerupai suami…atau orang
lain…atau makhluk aneh yang mengganggu atau
menyetubuhinya.

Nota :

1.Kadang-kadang ia berlaku apabila suami atau
pasangannya ada jin jantan dalam badan…
samada kerana saka…menuntut ilmu…menyimpan
tangkal dan sebagainya…

…apabila ia melakukan hubungan badan…jin tersebut
itu turut sama samada sengaja atau tidak…
maka jin itu mula ketagih dan buat ‘kerja sendiri’
tanpa kawalan tuannya…

…itu antara seburuk-buruk akibat berdamping dengan
jin walau apa pun caranya…

2.Wanita yang ada gangguan ini…
kadang-kadang masa bercinta semuanya indah…
tapi setelah berkahwin jin jantan itu cuba menghancurkan
rumah tangganya kerana takut atau benci…
atau cemburu pada si suami yang…

…tapi kalau sekedar membuat hubungan tanpa ikatan…
jin itu suka…kerana ia haram…dan tiada ikatan yang
mengganggunya…

3.Bagi yang sudah bersuami…
kecenderungannya berlaku curang sangat besar…
dari sebab hasutan jin…

…ia masih mudah jatuh cinta kepada sesiapa saja…
terutama lelaki yang didampingi jin betina…

…malah kadang-kadang lelaki tersebut akan merasa
kemahuan yang sangat hebat untuk merampas wanita
itu dari suaminya yang halal…
juga dari sebab hasutan jin betina…

…kalau ia terlepas dari hasutan jin betina itu…
nescaya tak ada padanya perasaan nak berbuat jahat
pada wanita tadi…

wallohu a’lam.


Penangan jin asyik yang mengoda meresap perasaan

$
0
0

“Jin asyik” dikategorikan sebagai jin yang menyukai, menyintai dan menjadikan manusia-manusia tertentu sebagai idola, pujaan atau kekasih mereka. Ada antara kes yang serius sehingga jin-jin itu bersetubuh atau berkahwin dengan manusia sehingga melahirkan anak-anak jin.

Mangsa-mangsa terdiri dari pelbagai latarbelakang, ada di antara mangsa ialah mereka yang terkenal seperti artis-artis pujaan, wanita-wanita yang suka bersolek berlebih-lebihan dan yang suka mendedahkan aurat, ada mangsa dikalangan orang biasa yang mempunyai sejarah bersaka, ada juga dalam kalangan orang-orang yang rajin beramal ibadat tanpa berguru.

Jangan terperanjat jika saya katakan ahli-ahli thoreqat juga perlu berhati-hati, kerana ada di antara jin-jin asyik meminati mereka yang kuat berzikir, apatah lagi mereka yang mengaku sebagai ahli hakikat atau ahli makrifat, kita perlu banyak mengislah diri dan berwaspada, kerana itulah apa jua pengalaman rohani dan kedapatan di dalam zikir perlu dirujuk kepada guru yang mursyid, dikhuatiri jin-jin yang suka “menolong” ini mengelirukan anda di alam ghaib dan alam rasa, apatah lagi alam rahsia.
Perawat-perawat juga tidak ketinggalan berkemungkinan menjadi idola kepada puak-puak jin yang kagum dengan kejantanan anda bertarung dengan jin-jin gangguan, apatah lagi jika anda suka bersifat ria’ dan ‘ujub. Kesimpulannya sesiapa sahaja boleh mengoda terdedah kepada masalah ini.

Kebiasaannya tahap-tahap gangguan yang dihadapi adalah bergantung kepada individu-individu itu sendiri. Kekuatan diri seseorang tidak sama diantara satu sama lain, ada yang lemah dan ada yang kuat. Kekuatan rohani yang lemah, menyebabkan jin-jin yang samseng ini membuli individu-individu tersebut, sehingga ke tahap menodai mangsa. Mereka boleh tinggal dan mempengaruhi diri mangsa dalam kehidupan seharian sehingga kadar tujuh puluh peratus malahan boleh mencapai hingga sembilan puluh peratus.

Jika kekuatan diri bertahap sederhana, kemungkinan jin-jin asyik ini dapat mempengaruhi mental dan emosional. Ini boleh menyebabkan kehidupan seharian kadang kala terganggu, apabila fizikal anda lemah emosi menjadi tidak stabil, fikiran kusut dan tidak dapat fokus. Kadang kala jin-jin ini berjaya juga bermastautin di dalam tubuh badan mangsa, seperti di kepala, dada, perut, belikat dan lain-lain tempat yang berkemungkinan.

Jika kekuatan diri atau rohani seseorang itu tinggi, berkemungkinan jin-jin asyik yang meminati mereka adalah di kalangan jin-jin yang beretika dan memahami hak-hak asasi manusia, oleh itu jin-jin ini hanya memerhati dari jauh atau mengekori sahaja tanpa mengganggu kehidupan mangsa.

Kebanyakan kes-kes gangguan jin asyik tidak disedari oleh pesakit sehinggalah mereka datang untuk mendapatkan rawatan pemeriksaan. Kebiasaannya ini disedari setelah pesakit sudah mula merasakan bahang-bahang masalah dan gangguan yang menimpa mereka.
Di antara simptom gangguan jin asyik yang biasa ialah, berat jodoh, sentiasa ada halangan didalam perhubungan cinta, pertunangan dan perkahwinan, kerap sakit kepala, kerap mimpi bersama (bersetubuh), kerap mimpi berkahwin, kerap letih lesu dan malas, kerap memarahi dan membenci pasangan, kerap mimpi kanak-kanak atau bayi, bagi yang perempuan kerap mimpi melahirkan anak, ada juga sampai ketahap mangsa dirogol dan dinodai jin, kebiasaannya yang menjadi mangsa adalah kaum wanita.

Fakta tentang Jin Asyik
1. jin asyik secara ringkasnya ialah jin yangg jatuh cinta dgn manusia.
2. antara yang paling bahaya: susah dikeluarkan dan ganas.
3. biasanya jatuh hati kepada orang yang baik
4. bukan hanya berlaku kepada orang bujang, tapi juga yang telah berkahwin
5. mangsa biasanya perempuan, tapi lelaki pun ada yang jadi mangsa
6. kemungkinan jin itu yang memang berada di rumah mangsa, jin yang lalu dan ternampak, atau jin yang memang dihantar untuk menyihir mangsa, tapi berubah tujuan kerana jatuh cinta.

Antara sebab jin asyik boleh jatuh cinta

1. suka bertelanjang ketika di rumah atau ketika mandi
2. jin ternampak mangsa ketika berada dalam bilik air
3. tak membaca doa sebelum bersama isteri
4. selalu tidur berseorangan. Contoh orang bujang tinggal seorang diri di rumah. (tiada housemate)

Antara tanda kehadiran jin asyik
1. isteri mengamuk tetiba bila tengok perempuan lain mendekati suami
2. ada kalanya jin asyik hanya berada di rumah, mangsa di luar baik, bila di rumah ada saja yang tak kena.
3. sering mimpi bersama dengan suami/isteri/orang yang tak dikenai.
4. mendengar nafas di tempat tidur, terasa ada seseorang tidur bersama.
5. badan selalu lesu, sebab selalu didakap/ditindih jin asyik.
6. jadi tak suka bercakap banyak
7. selalu mimpi naik pelamin / hamil.
8. selesa duduk menyendiri.
9. tarasa alat kelamin disentuh semasa tidur.

Antara kesan gangguan Jin Asyik

1. boleh menyebabkan berat jodoh, atau berkahwin tapi anak jadi sangat degil
2. dipinang orang tapi selalu tak jadi sebab jin asyik berusaha menghalang perkahwinan

Jika anda, anak anda, saudara mara anda, rakan anda atau sesiapa sahaja yang mengalami simptom sedemikian, mungkin anda telah diganggu jin asyik. Jangan biarkan masalah menjadi lebih parah. Berikhtiarlah dengan merujuk kepada perawat Islam. jangan jumpa pawang atau bomoh, sebab itu tidak menyelesaikan masalah tetapi akan menambah masalah.



Wanita boleh bersetubuh dengan jin hingga hamil

$
0
0

MAKHLUK jin, seperti juga manusia, boleh menghamilkan seseorang wanita yang disetubuhinya dan seterusnya melahirkan anak kacukan jin-manusia.

Ini dinyatakan oleh Prof Madya Dr Haji Jahid Haji Sidek, bekas pensyarah di Jabatan Dakwah Dan Pembangunan Insan, Bahagian Usuluddin Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya yang kini merupakan pengamal perubatan Islam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kisah utama yang dipaparkan dalam VARIASI keluaran ini di mana seorang wanita mengesyaki dirinya pernah disetubuhi oleh hantu raya belaan suaminya. Malah wanita iru bimbang kalau-kalau ada antara anak-anaknya adalah hasil hubungannya dengan hantu raya tersebut.

“Ya, seseorang wanita boleh melahirkan anak jin jika dia telah berjimak dengan jin itu. Selalunya perkara ini terjadi pada para isteri yang suami mereka ada menyimpan belaan seperti hantu raya. Dalam hal ini, jin pun ada nafsu batin juga. Dia akan mendatangi isteri tuannya tadi dengan menyerupai tuannya lalu melakukan jimak.

“Ramai isteri yang tertipu kerana jin itu menyerupai suami mereka. Cara mereka berjimakpun sama seperti kita, manusia. Dan benih jin yang masuk ke dalam rahim isteri tuannya tadi juga boleh mengandungkan si isteri tadi/’ jelas Ustaz Jahid.

Kata Ustaz Jahid lagi, bayi campuran manusia dan jin iru tetap dilahirkan normal seperti bayi manusia yang lain.

“Zuriat begini walaupun ada darah jin tapi bila lahir ke dunia, dia akan jadi manusia biasa seperti kita. Dan golongan ini jika kita buat ujian DN A, ianya tidak akan sama dengan ibu bapanva kerana dia adalah campuran jin. Cuma, setakat ini rasanya perkara ini belum pernah dibuat’ terang Ustaz Jahid.

Bagaimanapun menurut Ustaz Jahid, secara zahir memang sukar untuk kita menuduh seseorang itu sebagai anak jin walaupun ibunya pernah mengadakan hubungan kelamin dengan makhluk jin.

“Seperti juga manusia., tentu sukar untuk kita meneka adakah anak yang dilahirkan anak kandung si suami atau tidak walaupun terbukti isterinya pernah melakukan zina dengan lelaki lain. Kecuali jika dibuktikan melalui ujian DNA.

“Begitu juga dengan jin. Walaupun terbukti si isteri pernah disetubuhi oleh jin tapi sukar untuk kita menyatakan anak yang dilahirkan-nya adalah anak jin kerana dia juga melakukan jimak dengan suami-nya.”

Ditanya ciri-ciri untuk mengenal pasti anak itu keturunan jin, Ustaz jahid menjelaskan, memang sukar unttik kita mengenalinya.

“Kehidupannya seperti manusia. Cuma kita boleh nilai perangainya. Kalau anak hantu raya, sudah tentu-lah perangainya juga macam hantu rava. Pun begitu, memang terlalu sukar untuk kita mengenal pasti. Kalau kita lihat keadaan sekarang, anak manusiapun berperangai macam jin,” kata Ustaz Jahid.

Menurut Ustaz jahid, seorang rakannya pernah menceritakan kisah sepasang remaja yang tidak dapat berkahwin walaupun berlainan keluarga.

“Keluarga pasangan ini berkawan baik. Jadi, bila anak-anak mereka dan besar, mereka ingin mengahwinkan anak mereka. Pasangan itu juga menyukai antara satu sama lain. Maklumlah, dah berkawan sejak kecil. Akhirnva mereka ditunangkan. “Dalam waktu menunggu masa tarikh perkahwinan mereka, ada bapa jin datang bertemu mereka berdua dan mengatakan mereka tak boleh berkahwin. Jin itu menerangkan dia adalah bapa sebenar kepada pasangan itu, bermakna pasangan itu adalah adik-beradik kerana mempunyai avah yang sama daripad a golongan jin.

“Akhirnya, pasangan itu mengambil keputusan tidak jadi melangsungkan perkahwinan mereka dan memberitahu kepada kedua keluarga tentang hal itu. Mereka tak sangka ayah mereka dari kaJangan jin. Rupanya, bapa jin itu dulu ber-jimak dengan kedua-dua ibu pasangan tersebut.

“Bagaimana bapa jin itu datang menemui anaknya tidak dapat saya pastikan kerana cerita ini diceritakan oleh seorang kenalan saya,” cerita Ustaz Jahid.

Tambahnya lagi, mungkin jin yang seperti diceritakan dalam kes pasangan tersebut adalah jin Islam. Kerana itu dia melarang anak-anak-nya itu berkahwin kerana mereka adalah adik-beradik.

“Sama juga macam manusia. Memang tidak boleh dan tidak berlaku dalam masya-rakat kita adik-beradik berkahwin sesama sendiri. “Isteri yang tahu suaminya ada membela sesuatu sebaiknya cuba menasihatkan suami supaya meninggalkan amalan tersebut. Kerana dalam hal ini, isteri menjadi mangsa nafsu peliharaan suaminya itu.

“Walaupun peliharaan itu datang menyerupai si suami, selalunya isteri pasti dapat mengesan perubahan pada sikap suaminya itu. Jika isteri dah rasa was-was atau tidak yakin itu suaminya, jangan layan ketika berada di ranjang. Berdosa seseorang isteri melayan orang yang diraguinya bukan suaminya tetapi menyerupai suaminya kerana itu adalah permainan jin’ nasihat Ustaz Jahid.

Variasi Disember 2001


Isteri merintih tak puas disetubuhi suami

$
0
0

PERSOALAN :
Bismillah…
Assalamualaikum wbt…

Maaf ustaz saya ingin berkongsi masalah agar ada sedikit nasihat untuk menjernihkan hati dan jiwa ini…

Alhamdulillah saya sudah berkahwin XXXXX bulan lepas. Nikmat yang masih belum disyukuri sepenuhnya… namun ada seperkara yang saya mahu bertanya seseorang tapi tak tahu siapa dan saya rasa ustaz dapat menilainya.

Malam pertama saya sebenarnya tidak berjaya, maksud saya kami gagal melakukan seks dengan baik kerana sukar menembusi faraj/selaput dara. namun Allah izinkan selepas XXXXX hari. Persoalan saya sebenarnya saya seperti tidak menikmati hubungan suami isteri ini.

Syukur suami pandai mencari posisi tetapi saya rasa hanya dia yang tercungap dan lega selepas pancut namun saya tak sampai puncak, namun rasa sedap itu ada. Timbul rasa adakah ini akibat tabiat buruk saya yang suka melancap dahulu? Maaf.

Dahulu saya fikir selepas dapat menikmati seks halal saya akan lupakan melancap itu namun tidak. saya diam2 suka melancap lagi kerana ada nikmat yang tersendiri di situ.

Ah malu nak bicara tentang ini namun saya juga malu bila suami kata kamu tak puas kan? Tak akanlah saya nak pura2 mengerang nikmat…. saya rasa bersahaja je….

Dan ada satu perkara yang agak mendukacitakan bila suami mengaku sebenarnya dia bukan teruna dan pernah banyak kali melakukan itu dengan kekasihnya sebelum ini. Ini menambahkan resah saya kerana dia pernah menikmati seks yang mungin dinikmati oleh wanita itu berbanding saya yang tidak ketemu suis ini.

Saya tekadkan hati untuk redha memandangkan saya juga bukanlah baik sangat… terutama bila suami sebenarnya mahu berubah. Tapi saya terkilan juga, ini dosa besar.

Ustaz,
inilah fenomena yang sedikit mengusik jiwa naluri seorang isteri ini.
Saya mohon doa ustaz agar perkahwinan saya ini diberkati dan bahagia sehingga ke Syurga, impian setiap pasangan….
Mohon sedikit nasihat atas dua masalah ini ustaz. Syukran jazilan.

JAWAPAN :
Wlskm puan,

Pertamanya, ucapan tahniah dari saya atas kejayaan mendirikan ‘masjid’ bersama-sama suami tercinta, yang kita sedia maklum apabila terbinanya ‘masjid’ ini membuatkan syaitan-syaitan sangat tidak gembira kerana gagallah sudah banyak rancangan mereka khususnya untuk menjerumuskan umat manusia ke arah yang tidak baik.

Keduanya, tahniah sekali lagi kerana puan terus berusaha gigih untuk mencemerlangkan ‘masjid’ yang dibina dengan mencari jalan-jalan membahagiakan lagi hubungan suami isteri.

Baiklah, saya akan terus kepada maklumat-maklumat penting dalam tulisan puan dan akan cuba memberikan serba sedikit perkongsian ilmu sebagai panduan atau pembuka jalan kepada puan suami isteri untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.

USIA PERKAHWINAN

Perkahwinan puan baru berusia XXXXX bulan. Dari segi hubungan batin, dalam tempoh sebegini memang ada pasangan yang maju dan memang ada yang lewat sedikit. Ada pasangan yang memakan masa berbulan-bulan sebelum mereka dapat mengecapi nikmat berjimak yang sebenar. Oleh itu saya sarankan puan dan suami bersabar dan ambillah masa. InsyaAllah pengetahuan, kemahiran dan persefahaman akan meningkat pesat dalam tempoh itu.

Sebenarnya dalam hubungan batin suami isteri, akan sentiasa ada perkara baharu yang diperolehi dari semasa ke semasa. Ini salah satu cara Allah mengindahkan perkahwinan berterusan. Kenikmatan pada tahun ketiga tidak sama dengan tahun pertama. Begitulah seterusnya. Biasa saja orang (terutamanya lelaki, kerana saya tidak pernah bualkan hal ini dengan wanita-wanita lain selain isteri, tapi saya rasa sama saja keadaannya) yang sudah bersama dengan pasangannya lebih daripada 10 tahun, tapi masih mendapat kenikmatan-kenikmatan baru dalam berjimak. Kita sangkakan sudah habis, rupa-rupanya ada lagi.

Jadi, sebaiknya ambillah masa lagi dengan banyak berharap kepada Tuhan dan bersabar. InsyaAllah berjaya.

KEMAMPUAN MENILAI

Saya bukanlah orang yang ahli dalam hal ini sekalipun saya mengamalkan rawatan dan perubatan Islam. Walaupun saya ada merawat kes-kes berkaitan tenaga batin (dengan izin Allah, saya pernah menyihatkan semula pesakit yang sudah mati pucuk) dan kekeluargaan, tapi pengkhususan saya tidaklah dalam bidang ini. Jadi saya tidaklah mampu menilai dengan cemerlang, sekadar berkongsi pengetahaun yang ada sikit-sikit. Itu sahaja.

Saranan saya, selepas membaca jawapan saya ini, sangat sesuai untuk puan bertanyakan juga kepada mana-mana wanita yang difikirkan layak, yang berpegetahuan dan berpengalaman. Saya tidak arif ilmu tentang wanita, maka yang akan saya sentuh di sini tentunya lebih banyak kepada pihak lelaki. Gabungan jawapan saya dengan jawapan dari kaum wanita sendiri itu nanti akan memberi gambaran yang lebih baik kepada puan, insyaAllah.

HANYA SELEPAS XXXXX HARI

Saya petik semula ayat puan :
“malam pertama saya sebenarnya tidak berjaya, maksud saya kami gagal melakukan seks dengan baik kerana sukar menembusi faraj/selaput dara. namun Allah izinkan selepas XXXXX hari.”

Juga ayat yang berbunyi :
“timbul rasa adakah ini akibat tabiat buruk saya yang suka melancap dahulu.”

Berdasarkan dua maklumat ini, saya beranggapan dulunya tabiat itu dilakukan dengan cara membuat rangsangan dari kawasan luar sahaja, tidak sampai jauh ke dalam. Hal ini kerana jika tabiat itu dilakukan dengan merangsang kawasan dalaman (seperti memasukkan sesuatu agak jauh ke dalam faraj), sudah tentu selaput itu sudah pecah sebelum berkahwin lagi.

Sekiranya kawasan dalaman belum pernah dicerobohi, sepatutnya pengalaman bersama suami akan lebih nikmat lagi berbanding ketika melakukan tabiat itu. Mungkin puan dan suami memerlukan sedikit masa lagi untuk lebih serasi.

Jadi ada beberapa kemungkinan di sini :
1. Ia memang belum pecah. Sebab itu hubungan pada malam-malam awal itu menjadi sukar. Ada pasangan yang mengambil masa berminggu-minggu malah berbulan-bulan untuk si suami memasukkan keseluruhan alat kelaminnya ke dalam faraj isteri.
2. Ia sudah pecah tanpa puan ketahui. Kesukaran melakukan hubungan pada malam-malam awal itu bukan kerana masalah selaput dara, tetapi ada masalah lain.
3. Ia sudah pecah tetapi hanya sebahagian. Sebab itu pada malam-malam awal itu hubungan menjadi sukar.

TIDAK MENCAPAI KLIMAKS/ KEMUNCAK

Kegagalan untuk mencapai klimaks (inzal) ini boleh terjadi atas banyak faktor. Bahagian ini akan saya jelaskan lebih lanjut di bawah nanti.

AKIBAT MELAKUKAN TABIAT BURUK

Ya, memang ada kemungkinan masalah yang puan alami sekarang akibat tabiat lama itu. Saya tidak kata pasti, tapi ada kemungkinan.

Hal ini kerana ketika melakukannya, pelaku boleh mengawal sendiri jenis/bentuk rangsangan, kawasan rangsangan, tempo rangsangan, kekuatan rangsangan dan sebagainya. Hasilnya, ia memuaskan hati pelaku.

Contoh mudah – kita berasa puas jika makan nasi sendiri kerana kita menentukan jumlah nasi, jenis lauk, kuantiti nasi dan lauk, dan lain-lain mengikut selera kita. Suatu hari kita terlantar di hospital, patah kedua-dua belah tangan, mata bertampal dan tak boleh bersuara. Kita bergantung pada orang lain untuk menyuapkan makanan. Sudah tentu tidak puas kerana penyuap tidak tahu jumlah nasi dan lauk yang kita mahu, jenis lauk, tempo suapan dan sebagainya. Penyuap memberi dengan mengagak berdasarkan reaksi kita yang dapat dikesannya sahaja.

Sebab itu tabiat ini memang tidak baik untuk diamalkan. Ia boleh mempengaruhi kepuasan seseorang ketika berjimak. Namun begitu, jika si suami seorang yang berpengetahuan dan kemampuan tentang hubungan suami isteri, sepatutnya si isteri akan tetap berasa lebih puas bersama suaminya berbanding tabiat lama itu. Antara faktornya, suami boleh merangsang seluruh tubuh isteri sedangkan tabiat itu hanya merangsang kawasan yang terhad sahaja.

Saranan kepada penyelesaian untuk bahagian ini :
1. Semua hal termasuklah segala kenikmatan adalah milik Allah. Begitu juga dengan nikmat melakukan hubungan seks. Oleh itu, kita minta kepada Tuannya iaitu Allah SWT. Kalau kita tidak memohon kepada-Nya, bagaimana Dia hendak menganugerahkan kenikmatan itu kepada kita? Tambahkan amal-amal soleh, lakukan solat sunat hajat dan banyakkan berdoa mohon Dia kurniakan kenikmatan itu kepada kita.
2. Banyakkan bertaubat. Jika sudah sedia banyak, tambahkan. Kita faham tabiat itu memang mendatangkan dosa dan kemurkaan Tuhan. Boleh jadi Dia menyekat nikmat itu kerana dosa-dosa kita. Maksudnya dosa-dosa itu menjadi penghalang. Tapi apabila kita bertaubat dan merintih kepada-Nya dan Dia terima, dosa-dosa kita akan diampunkan-Nya. Maksudnya penghalang itu akan hilang dan kenikmatan yang kita inginkan akan diperolehi.
3. Dalam usaha bertaubat, tentunya keinginan untuk melakukan tabiat itu datang sesekali. Sekiranya dapat dihentikan terus, memang itulah yang terbaik. Tapi kita faham, bukan semua orang mampu begitu. Samalah halnya dengan orang yang berusaha untuk berhenti merokok. Sekiranya belum mampu, cuba atasinya dengan mengurangkan kekerapan. Contoh : Jika sebelum ini ia dilakukan seminggu sekali, bertahanlah dan jadikannya dua minggu sekali. Kemudian jadikannya sebulan sekali. Teruskan bertahan, jadikannya dua tiga bulan sekali. Lama-kelamaan kita akan mampu meninggalkannya terus insyaAllah.
4. Bawa berbincang dengan pasangan agar rangsangan tidak terhad kepada kawasan alat sulit sahaja sebagaimana ketika melakukan tabiat itu. Umumnya, seluruh anggota isteri merupakan kawasan rangsangan, cuma perlu dikenalpasti kawasan-kawasan yang terbaik untuk dirangsang. Lain orang lain kawasan-kawasan utama terangsangnya. Apabila anggota-anggota lain dirangsang sebelum dan ketika berjimak, dari situ akan datang kepuasan yang melebihi kepuasan melakukan tabiat lama itu. Hal ini memang akan memakan masa namun ia hendaklah diusahakan. Sebab itu saya katakan sebelum ini, kenikmatan pada tahun ketiga tidak sama dengan tahun pertama. Dari semasa ke semasa pengetahuan, kemahiran dan pengalaman akan bertambah. Memang jauh berbeza permainan orang baru dengan dengan permainan orang lama.

PENGETAHUAN MENCARI POSISI

Posisi ketika berjimak ada sekurang-kurangnya 3 jenis iaitu posisi tubuh, posisi alat kelamin dan posisi waktu. Kebanyakan golongan muda yang saya temui hanya tahu posisi tubuh sahaja dan sangat kurang tahu dua posisi lagi.

1. Posisi tubuh – Maksudnya kedudukan suami dan isteri. Bahagian ini saya kira hampir semua orang tahu. Lebih-lebih lagi remaja zaman sekarang yang banyak terdedah dengan media-media lucah seperti gambar dan video. Ada pelbagai ragam gaya/ ‘style’.
2. Posisi alat sulit – Walaupun suami isteri itu berada dalam satu posisi tubuh sahaja (contohnya posisi biasa iaitu suami di atas dan isteri di bawah secara berhadap-hadapan), alat kelamin suami hendaklah bijak mencari posisi-posisi/ruang-ruang/makam-makam dalam faraj isterinya. Tapi ini bukan bermaksud si suami main tikam sahaja ke serata arah. Jika hal ini berjaya dilaksanakan, tanpa perlu mempraktikkan banyak ‘style’ (posisi tubuh) pun memang sudah cukup memuaskan. Pengetahuan tentang hal ini juga akan datang dalam bentuk pengalaman. Ia dibina dari semasa ke semasa, maka harap bersabar. Memang ada juga ilmu tentangnya (iaitu kemahiran mencari posisi dalam faraj dan merangsangnya) tapi perlulah bertanya kepada orang tua-tua/ mereka yang ahli tentangnya.
3. Posisi waktu – Aktiviti berjimak sebaiknya dimulakan dengan muqaddimah/ set induksi/ istimta, bukannya apabila terasa bernafsu lalu terus sahaja berjimak. Isteri perlulah dirangsang terlebih dahulu buat seketika sebelum aktiviti berjimak dilakukan agar perasaan dan tubuh isteri bersedia secukupnya. Inilah yang dimaksudkan dengan posisi waktu. Orang hari ini banyak yang hidup dalam kesibukan dan terkejar-kejar. Begitu juga apabila mereka mahu berjimak. Mereka mahu terus kepada aktiviti utama dan mahu selesai segera. Biasanya suami akan puas manakala isteri berasa tidak cukup kerana posisi waktunya tidak kena.

PENGALAMAN SILAM SUAMI

Puan tidak perlu ambil pusing sangat tentang pengalaman silam suami. Sebaliknya sepatutnya suami yang perlu lebih risau. Hal ini kerana dia ‘kalah’ dengan puan. Dia yang sepatutnya tertekan untuk memuaskan puan dan dia mesti mencari jalan ke arah itu.

GAGAL MENCAPAI KLIMAKS

Ada banyak kemungkinan. Antaranya :
1. Diri belum cukup bersedia (belum cukup terangsang). Masalah ini boleh diselesaikan dengan melakukan muqaddimah dan berjimak hanya setelah sampai ketika yang sesuai.
2. Suami menghadapi masalah lemah tenaga batin, atau istilah yang sesuai di sini ialah lemah keupayaan berjimak. Bahagian ini akan dihuraikan sebentar nanti.
3. Isteri menghadapi masalah terlebih tenaga batin, atau terlebih keupayaan berjimak, terutamanya isteri yang sukar diinzalkan (diklimakskan) walaupun tempoh berjimak sudah cukup lama. Masalah ini boleh diusahakan dengan mendapatkan rawatan daripada perawat.

KELEMAHAN KEUPAYAAN BAGI LELAKI

Antara kelemahan yang dimaksudkan ialah :

1. Tidak cukup keras/tegang. Akibatnya faraj isteri tidak menerima rangsangan yang mencukupi. Penyelesaiannya – suami kena menjaga pemakanan, bersenam, berurut dan berubat.
2. Keras/tegang tetapi hanya pada minit-minit awal. Kemudiannya akan sedikit mengendur atau terus lembik. Usahanya – suami kena menjaga pemakanan, bersenam, berurut dan berubat.
3. Mati pucuk. Tidak boleh menegang/mengeras. Baru hendak naik, terus jatuh. Begitulah berulang kali. Usahanya – suami kena menjaga pemakanan, bersenam, berurut dan berubat.
4. Mati terus. Memang tidak mampu menegang/mengeras langsung. Usahanya – suami kena menjaga pemakanan, bersenam, berurut dan berubat.
5. Terlalu pendek. Akibatnya zakar tidak mampu menusuk jauh ke dalam dan kurang memuaskan isteri. (Agakan saya, ukuran normal bagi lelaki Melayu adalah antara 4 inci ke 6 inci. WaAllahua’lam). Antara usaha yang boleh dilakukan – suami isteri bersyukur dengan apa yang ada, dan suami boleh memahirkan ‘permainan’ berjimak sebagai pengganti kepada kekurangannya.
6. Terlalu panjang juga satu masalah. Ia membuatkan isteri kurang selesa manakala si suami pula kurang puas kerana tidak dapat menusuk habis.
7. Terlalu kecil ukur lilitnya. Akibatnya gagal merangsang faraj isteri dengan baik. Antara usaha yang boleh dilakukan – suami isteri bersyukur dengan apa yang ada, dan suami boleh memahirkan ‘permainan’ berjimak sebagai ‘cover’ kepada kekurangannya.
8. Terlalu besar ukur lilitnya. Isteri kurang selesa dan suami tidak puas bebas bermain/bergerak. Biasanya lama-kelamaan isteri akan terbiasa juga.
9. Cepat klimaks. Baru beberapa minit bermain, sudah terpancut. Hasilnya isteri tidak puas. Usahanya – suami kena menjaga pemakanan, bersenam, berurut dan berubat. Sumai juga kena pandai mengawla emosi ketika berjimak.
10. Terlalu lambat klimaks. Contohnya, ada kes di mana sudah satu setengah jam bermain, tapi si suami masih belum terasa hendak inzal sedangkan isteri sudah lemah keletihan. Antara usahanya – si isteri perlu pertingkatkan kemampuannya manakala si suami perlu mengurangkan sedikit. InsyaAllah jurang antara kedua-duanya makin mengecil.
11. Zakar terlalu bengkok. Bengkok sedikit ke kiri, kanan, atas atau bawah adalah perkara biasa. Tapi jika bengkoknya keterlaluan sampai hendak jadi huruf C atau huruf J, memang akan mengganggu. Ada kes zakar yang berbentuk L. Dari pangkal ke tengah normal, dari bahagian tengahnya terkepak terus naik ke atas. Bengkok yang terlalu teruk tidak dapat dipulihkan lagi. Bengkok sedikit boleh dikurangkan dengan berubat, urutan dan senaman. Bengkok yang terlalu sedikit, tidak mengganggu aktiviti berjimak.

Sekiranya puan mengesan mana-mana masalah di atas pada suami puan, ambillah langkah-langkah yang sesuai untuk memulihkannya.

PENUTUP

Sekadar itu sahaja ilmu yang dapat saya kongsikan. Saya sudah mendoakan agar rumahtangga puan bahagia hingga ke akhirat. Banyakkan berdoa kepada Tuhan.

Wassalam.


Isteri tak tahan disetubuhi sampai letih hingga tiga kali semalam

$
0
0

Soalan

TAHUN ini tahun kedua saya berkahwin. Saya mencintai isteri saya, tetapi saya mempunyai masalah nafsu yang sangat kuat. Saya mudah terangsang apabila di rumah bersama isteri kerana kami hanya berdua dan belum mempunyai anak.

Ini kerana saya masih ingin ‘berbulan madu’. Oleh itu ketika melakukan hubungan seks, saya memakai kondom dan mengeluarkan air mani di luar faraj. Namun, setiap kali selepas klimaks, saya masih belum puas dengan isteri saya.

Kadangkala apabila saya lebih cepat klimaks daripada isteri, saya masih mampu untuk puaskan dia sehingga dia klimaks.

Masalahnya sekarang apabila isteri saya sudah klimaks dia seolah-olah terlalu penat sehingga tertidur, tapi saya masih tidak puas lagi, walaupun sudah keluarkan air mani.

Kadangkala dalam satu malam saya melakukan hubungan dengan isteri sebanyak dua hingga tiga kali, tetapi isteri mengadu dia tidak mampu mengikut kepuasan saya kerana letih. Pada waktu isteri saya datang haid, saya jadi tertekan dan melakukan onani untuk puaskan nafsu.

Saya ingin bertanya bagaimana untuk mengawal nafsu saya yang kuat hinggakan ada masa hubungan kami hambar kerana isteri saya tidak tahan dengan kehendak saya.

BINGUNG
Raub

Jawapan

Syahwat, nafsu dan naluri seksual adalah anugerah Tuhan kepada semua makhluk-Nya. Binatang ada waktu tertentu untuk bersenggama yang dikenali sebagai putaran estrus. Manusia bebas dan boleh bersetubuh pada bila-bila masa. Manusia juga dianugerahkan Tuhan ‘akal’, boleh berfikir dan berhati perut.

Kesedaran ini yang membuat manusia dapat mengawal perasaan dan nafsu syahwat. Berkaitan hubungan seksual, ia memerlukan tenaga dan tahap kesihatan sempurna. Jika hubungan seksual kerap dilakukan, maka akan mengalami keletihan, sukar hendak diulangi dan jika dipaksa akan menjejaskan hubungan silaturahim.

Jika anda sayangkan isteri, pastikan dia sihat dan dapat rehat yang cukup. Jika dia tidak dapat meneruskan hubungan seksual, anda boleh merangsang anggota sulit anda dengan izinnya.

Semua ini boleh anda lakukan demi kesejahteraan keluarga anda. Lama-kelamaan anda akan dapat mengimbangkan perasaan syahwat anda mengikut kemampuan isteri.

Banyak lagi perkara yang anda dan isteri boleh lakukan selain seks seperti bersiar-siar, berekreasi dan melancong. Mungkin keadaan menjadi lebih seronok dan hubungan seks menjadi lebih bermakna daripada melakukannya dalam keadaan tertekan


Gaya urutan bersetubuh menurut Islam

$
0
0

Kemahiran melakukan urutan batin sangat penting dikalangan suami isteri untuk memperolehi kepuasan nafkah batin. Hubungan suami isteri tidak lari daripada soal amalan urut mengurut ketika bersetubuh untuk memperolehi kepuasan nafkah batin. Mengikut pandangan pakar, sebaiknya setiap pasangan mengadakan urutan persetubuhan adalah 3 kali seminggu. Ini menjadikan jumlah minima urutan persetubuhan setiap pasangan adalah 12 kali sebulan. Mengambil kira waktu isteri datang bulan selama seminggu atau lebih setiap bulan.

Menurut islam, isteri adalah ibarat ladang untuk suaminya. Si suami boleh boleh buat apa sahaja, APA SAHAJA bersama atau kepada isterinya. Selagi mana tidak melibatkan lubang dubur atau bersama ketika isteri datang haid. Islam melarang pasangan bersama ketika haid dan dubur kerana ia adalah kotor dan boleh mendatangkan mudarat.

Panduan posisi urutan seks dalam islam amat mudah. Tidak bersama ketika haid, tidak melibatkan dubur dan jangan berbogel ketika bersama. Anda pasti pernah melihat set katil yang mempunyai tiang tinggi di empat penjuru katil. Tujuannya ia boleh dipasang kelambu bagi memudahkan pasangan bersama dengan ruang kawasan yang lebih besar.

Islam tidak melarang pasangan menggadakan hubungan seks, diatas katil, diatas kerusi, diatas sofa, didalam kenderaan, di dapur, di tepi dinding, dilantai. Asalkan panduan diatas dipatuhi beserta dengan doa dan adab-adab ketika berjimak dan selepas berjimak.

Pasangan boleh memilih pelbagai jenis posisi urutan persetubuhan ketika melakukan hubungan seks. Mempelbagai posisi urutan persetubuhan dapat menghilangkan rasa bosan pasangan. Memudahkan isteri mencapai titik kepuasan atau klimax dengan mudah. Mahupun juga dipanggil urutan batin diatas katil untuk tujuan kesihatan. Suami boleh diatas, isteri boleh diatas, boleh melapik punggung isteri dengan bantal dan banyak lagi. Titik kepuasan setiap wanita adalah berbeza. Lelaki harus pandai dan cepat bermula dari tarikh perkahwinan. Mencari titik urut kepuasan pasangan agar tidak mendatangkan kemarahan jika isteri tidak mendapat kepuasan urutan ketika melakukan hubungan seks.

Berbagai teknik dalam urutan persetubuhan

Selagi yang namanya alam termasuk juga manusia, apa sahaja yang ada padanya berubah. Tambahan pula, manusia itu sendiri sukakan perubahan. Jika tidak ada perubahan sesuatu itu akan membosankan. Begitu juga dengan gaya urutan melakukan persetubuhan, jika hanya menggunakan teknik urutan yang sama kemungkinan besar perasaan bosan akan timbul. Oleh kerana itu, bagi pasangan suami isteri yang mengimpikan kenikmatan persetubuhan itu tetap selalu dirasakan, keduanya akan sentiasa mencari teknik urutan persetubuhan atau cara-cara urutan yang baru dalam melakukan persetubuhan. Agar keduanya akan mendapat kehangatan dalam hubungan.

Kelebihan urutan persetubuhan pelbagai gaya:

1. DAPAT menghilangkan perasaan bosan akibat teknik yang sama.
2. DAPAT menaikkan keinginan untuk bersetubuh.
3. DAPAT meningkatkan kenikmatan berkelamin.
4. DAPAT menjarangkan kehamilan.
5. DAPAT menperolehi kehamilan.

“Isteri-isteri adalah seperti kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu dari mana sahaja yang kamu kehendaki” (Al-Baqarah:223)

Tujuh gaya urutan persetubuhan sebagai panduan.

1. Gaya urutan berhadap-hadapan.
2. Gaya urutan lelaki diatas.
3. Gaya urutan isteri diatas.
4. Gaya urutan duduk berhadap-hadap.
5. Gaya urutan bersetubuh dari belakang.
6. Gaya urutan di ats kerusi.
7. Gaya urutan berlutut.

1. Gaya urutan berhadap-hadapan

Cara urutan persetubuhan ini dikerjakan oleh kedua belah pihak saling berhadap-hadapan,suami memasukkan zakarnya ke dalam faraj isteri.Setelah itu suami isteri dapat melakukan aktiviti secara seimbang.Dalam cara ini gerakan lambat dan terbatas,sehingga kadangkala agak kurang disenangi oleh kedua pasangan suami-isteri.

2. Gaya urutan lelaki diatas.

Dengan teknik urutan persetubuhan ini isteri telentang dengan kaki terbuka,di bawah pingulnya dapat diletakkan bantal untuk memudahkan zakar suami dimasukkan lebih dalam.Apabila zakar suami telah masuk,maka isteri dapatlah dirapatkan supaya gesekan zakar dapat dirasakan.

3..Gaya urutan isteri diatas.

Dalam teknik urutan persetubuhan ini suami bersikap tenang,sedangkan isteri memainkan peranannya.Teknik ini sesuai untuk suami yang uzur atau kurang sihat. Dengan posisi ini tangan suami dapat aktif meraba tubuh isterinya supaya cepat terangsang,sedangkan bagi suami sendiri akan dapat melambatkan keluarnya air mani. Dalam cara ini,peluang memproleh kehamilan adalah kurang sebab air mani yang di pancutkan akan keluar dari farajnya.

4. Gaya urutan duduk berhadap-hadap.

Teknik urutan persetubuhan ini dapat dilakukan dengan duduk berhadap-hadapan.Isteri duduk pada peha suaminya sambil membukakan pehanya. Dengan posisi ini keduanya akan dapat saling berciuman atau bercumbu rayu untuk menambah kenikmatan.

Posisi urutan persetubuhan ini dapat memuaskan nafsu kepuasan kepada kedua suami isteri.Keuntungan cara ini ialah bagi suami yang mempunyai kemaluan yang agak pendek.maka zakarnya akan dapat masuk sampai ke dalam.Sedangkan bagi suami yang mempunyai kemaluan yang agak panjang,ia akan dapat mengendalikan menurut kemahuannya.Dan kemungkinan untuk hamil dengan cara ini agak sukar.

5. Gaya urutan dari belakang.

Cara urutan persetubuhan ini dapat dilakukan apabila keduanya miring atau isteri menunggang sambil menundukkan kepala sedangkan suami duduk dari belakang. Keadaan demikian suami dapat lebih nikmat dan biarpun jika isteri dalam keadaan hamil.

6. Gaya urutan duduk di atas kerusi.

Cara urutan perseubuhan ini merupakan salah satu cara yang sangat berguna,dimana suami duduk diatas kerusi sedangkan isteri duduk berhadapan di atas peha suaminya. Keuntungan cara ini dapat memberikan kepuasan urutan kepada kedua belah pihak.

7. Gaya urutan berlutut.

Dalam posisi ini pihak isteri mengambil sikap berlutut serta menahan badannya dengan sikunya beralaskan bantal atau lantai. Suami kemudian berlutut pula di belakang dengan memasukkan zakarnya sambil memeluk pinggang isterinya. Cara urutan peretubuhan ini sesuai sekali dilakukan pada saat isteri dalam keadaan hamil,sehingga perut isteri tidak bertindih

Disamping cara-cara mengurut ketika bersetubuh yang telah dikemukakan di atas,sebenarnya masih banyak lagi cara urutan bersetubuh yang lain. Biasanya dapat di kembangkan oleh pihak suami dan isteri yang telah berpengalaman dalam melakukan persetuhan.


Hukum berkahwin dan bersetubuh dengan jin

$
0
0

Seperkara yang jelas kepada kita bahawa makhluk jin ini wujud dan boleh menyerupai dengan rupa-rupa yang mereka kehendaki dengan izin Allah S.W.T. Persoalan sama ada boleh atau tidak manusia berkahwin dengan makhluk halus dari segi sejarahnya banyak yang kita dengar bahawa Balqis adalah seorang raja di zaman Nabi Sulaiman. Bapanya manusia dan ibunya daripada jin, ibunya bernama Balqmah binti Saisan.

Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w pernah berkata bahawa salah seorang daripada ibu bapa Balqis adalah jin. Hadis ini ada dalam Kitab al-Jami’ as-Saghir oleh Imam as-Sayuti.

Tetapi apabila balik kepada masalah hukum, dengan jelas al-Quran, Allah berfirman (mafhumnya), “Dan Allah telah menjadikan bagi kamu pasangan hidupmu dari jenis kamu juga”. (Surah an-Nahli ayat 72)

Firman Allah (mafhumnya), “Dan di antara tanda-tanda keagungan Allah dijadikan bagi kamu dari jenis kamu juga, pasangan-pasangan hidup, supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan dijadikan bagi kamu kasih sayang dan rahmat daripada Allah S.W.T.” (Surah ar-Rum, ayat 21).

Kedua-dua ayat ini boleh difahami dengan mudah bahawa pasangan hidup manusia adalah manusia juga. Barulah akan wujud ketenangan, kasih sayang, tambatan hati dan saling percaya mempercayai.

Bayangkan jika kita mempunyai isteri dari kalangan makhluk halus orang lain tidak nampak, kita nampak seorang sahaja, atau mungkin kita pun tidak nampak tetiba kita berselisih faham, bergaduh dan sebagainya, bagaimana akan terjadi kepada rumah tangga kita.

Hadis yang diriwayatkan oleh Yunus bin Yazid daripada Azzubri katanya, Rasulullah s.a.w menegah manusia mengahwini jin.

Berpandu kepada ayat dan hadis saya sebutkan, atas alasan ini jumhur ulama berpendirian, tidak harus mengahwini jin, jika berlaku perkahwinan, maka perkahwinan itu tidak sah. Kalau berlaku perhubungan jenis, mereka berkesedudukan dalam keadaan haram.

Tetapi Imam Malik bin Anas mengatakan perkahwinan itu adalah makruh dan ada ulama yang sependapat dengan Imam Malik.

Namun apapun yang dapat dilihat maka perkahwinan ini suatu yang kudus, yang pasti diketahui syarat sah perkahwinan, yang paling asas adalah agama.

Jika jin itu bukan Islam maka perkahwinan tidak sah. Jika dikatakan jin itu Islam, bagaimana boleh kita pastikan benar-benar bahawa dia Islam, apakah dengan pengakuan mulut yang mengatakan bahawa dia (jin) Islam boleh diterima.

Jika dikatakan jin itu mempunyai keilmuan Islam yang tinggi dan dia beramal dengannya, maka sama juga dengan manusia yang mengkaji Islam, tetapi tidak Islam.

Malah ada kalangan sarjana Barat yang banyak menghafal al-Quran, menghafal hadis dan mengetahui banyak hukum (terutama orientalis), kalau di alam manusia boleh berlaku, maka tidak mustahil di alam jin juga ianya boleh wujud.

Maka jalan yang terbaiklah, kahwinilah dengan manusia, seperti yang disebut Rasulullah, “Kahwinilah perempuan-perempuan manusia, kerana mereka boleh mendatangkan harta.”

Wallahu’alam….


Ayat untuk mengundang dan berkahwin dengan Puteri Raja Jin

$
0
0

Apabila anda ingin mengundang PUTRI RAJA JIN bernama “SYAMSUL QIRMID” yakni salah satu makhluk dari 7 (tujuh)Raja Jin maka diperlukan keteguhan, keberanian juga ke ikhlasan agar prosesi yang akan dijalani dapat berjalan lancar dan keberhasilan.

Caranya, Tinggallah selama 12 hari ditempat yang sepi jauh dari hiruk pikuk manusia sehari-hari. Kemudian janganlah memakan makanan apapun selain makanan yang terbuat dari terigu. Mandinya pun sehari boleh hanya sekali.

Dalam 12 hari menyendiri itu lakukanlah puasa seperti bulan ramadhan, tetapi selain minum hanya pakai air putih tanpa rasa, buka juga sahur dan makan dimalam hari hanya mengkonsumsi bahan dari terigu.

Pada malam terakhir akan banyak sekali godaan muncul seperti seekor ular yang besar sekali kemudian melingkari dileher anda.Jika godaan ini tidak menggoyahkan anda membaca ilmu maka maka akan hilang sendiri, berikutnya akan muncul beberapa putri jin. Semua putri memakai pakaian transfaran kelihatan kemolekan tubuh dan kehalusan kulitnya karena bahan terbuat dari sutra berwarna merah berhiaskan permata yaqut.

Mereka membawa jambar yang berisi penuh emas dan perak,mereka menawarkan atau memberikan semua perhiasan pada anda. Jangan sekalipun diperhatikan agar tidak gagal, karena lama kelamaan mereka akan menghilang dari sekitar anda.

Kemudian muncullah seorang wanita cantik, seksi, kulit berwarna putih mulus, jalannya melenggak lenggok menggoda birahi. Gelang emas yang melingkar ditangannya, warna warni gelang kaki terbuat dari zabarjad dihiasi yaqut, didampingi dayang dayang berwajah cantik semua memberikan seulas senyum birahi. Wanita tersebut adalah sesosok Putri raja jin dari salah satu makhluk tujuh raja jin.

Putri raja jin lalu memberi salam pada anda dengan suara yang merdu memikat hati dan memohon pada anda untuk bersetubuh dan mengkawininya.

Peringatan!!! kalau anda mau bersetubuh dan mengkahwininya maka hilanglah kesempatan anda untuk kawin dengan bangsa manusia.Kemudian rusaklah amal ibadah anda. Bila telah beristri maka anda tidak dapat berkumpul kembali dengan anak istri.

Gantilah permintaanya dengan permintaan anda “agar Putri raja jin membantu anda mengatasi segala permasalahan selama ada hayat di alam dunia”.

Inilah rupa ilmu mengundang rputri raja jin,
Amalkan ilmu berikut sebanyak 70 x sambil membakar kemenyan arab:

“AQSAMTU BILQOSAMISSUR YAANII ‘ALAA MALIIHATIL QODDI WALMANDHORI DZAATIL HASANI WALJAMAALILLATI ASBALAT SA’RUDALLALIHA SITRO DZAA TIHAA WA IDZAANTASAMAT KHORAJA MINFIIHAA ‘AMUU DUN KANNUURI AQBILII LIMAHABBATII WA HKIDMATII AYYATUHAL FAADHILATUTHTHOO IROTU AYNA SHOWAA HIBUKA KAMAYMUUNTA WAYAQUUTATA WAROWBALATA WA FAA THIMATASSAHABIYYATI WARUQYATA BINTIL AHMARI WAYAALAW SYATA BINTI SAMROD YAALIN AQBILUU YAABANAATI MULUUKILJINNI SAM’AATHIN WADANHIIWIN WAYAR’UUTSIN ANYANUUNIN MAZJALIN TARQOBIN IF’ALUUMAATU’ MARUUN.


Hukum lelaki memakai rantai dan gelang

$
0
0

Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara bersetuju memutuskan bahawa :

“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Syeikh al-Islam Zakariyya al-Anshari Rahimahullah pula berkata:

“Dan daripada apa yang haram ialah gelang tangan dan gelang kaki untuk dipakai oleh orang lelaki dan orang khuntsa (orang yang mempunyai dua jantina).”

a) Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi wanita adalah harus kerana ia merupakan perhiasan yang dikhususkan bagi mereka. Ini adalah hukum yang disepakati secara ittifaq. Sebaliknya, diharamkan bagi lelaki untuk memakainya sebagai perhiasan semata-mata kerana ia menyerupai wanita.

b) Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki atau wanita untuk tujuan perubatan atau rawatan adalah dibenarkan berdasarkan keperluan dan hajat dengan syarat:

i. Ia bukan diperbuat daripada emas, perak, suasa atau sutera (bagi lelaki).

ii. Tidak terdapat unsur najis padanya.

iii. Tidak mempercayai atau meyakini bahawa pemakaian gelang tangan tersebut boleh menyembuhkan penyakit tertentu kerana ia dikhuatiri boleh menjerumuskan seseorang kepada unsur khurafat yang boleh menjejaskan aqidah.

iv. Tidak menyebabkan kemudaratan kepada pemakainya.

v. Mendapat perakuan daripada pakar perubatan yang beragama Islam dan telah terbukti secara saintifik bahawa ia merupakan antara kaedah rawatan yang berkesan dalam merawat penyakit.

Walau bagaimanapun, dalam hal ini, Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka telah mendapat nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa terapi bio magnetik bukanlah merupakan kaedah perubatan yang memenuhi piawaian dan tidak dapat dipastikan keberkesanan penggunaannya secara tepat dan jelas dalam merawat serta menghilangkan penyakit.

c) Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki atau wanita yang disertai dengan niat untuk bermegah-megah atau kelihatan bergaya bagi lelaki adalah haram walaupun dengan tujuan perubatan.



Syariat,tarikat,hakikat dan makrifat itu dimana tempat pada diri kita ?

$
0
0

Syariat,tarikat,hakikat dan makrifat itu dimana tempat pada diri kita ?

~Adapun syariat itu nyata pada tubuh kita.

~Adapun tarikat itu nyata pada hati kita.

~Adapun hakikat itu nyata pada nyawa kita.

~Adapun makrifat itu nyata pada rahsia kita dan bahawasanya:-

~Tubuh itu kenyataan Af’al Allah.
~Hati itu jadi kenyataan Asma Allah.
~Nyawa itu jadi kenyataan Sifat Allah.
~Rahsia itu jadi kenyataan Zat Allah

PETIKAN DARI AL KITAB (4) : KITAB ARWAH TO ‘ KU PALOH


Syariat, tarikat, hakikat dan makrifat itu kejadian daripada apa ?

$
0
0

Soalan-

Syariat,tarikat,hakikat dan makrifat itu kejadian daripada apa ?

Jawab:-

~Adapun kejadian syariat itu daripada air.

~Adapun kejadian tarikat itu daripada angin.

~Adapun kejadian hakikat itu daripada bumi ( Tanah )

~Adapun kejadian Makrifat itu kejadian daripada terang api.

Soal-

Syariat itu kejadian daripada air,adakah air sungai,air hujan,laut,telaga atau lain2 lagi?

Jawab:-

Adapun yang dikatakan syariat itu daripada air bukan seperti air yang tersebut
itu,sebenarnya ialah Nur Muhammad.

Soal-

Tarikat itu kejadian daripada angin,adakah angin bertiup-tiup atau angin
utara,selatan,timur,barat atau sebagainya??

Jawab:-

Adapun Tarikat itu dikatakan daripada angin tidak sebagaimana angin yang tersebut
diatas itu,Sebenarnya ialah Nafas Muhammad.

Soal-

Hakikat itu kejadian daripada tanah. Adakah tanah seperti tanah liat,tanah bukit,kuning Pasir dan lain lain lagi?

Jawab:-

Adapun hakikat itu dikatakan tanah,bukan seperti tanah yang tersebut,sebenarnya ialah
Tubuh Muhammad.

Soal-

Makrifat itu kejadiaan daripada terang api,adakah seperti matahari,bulan,api biasa atau lampu atau api elektrik?

Jawab:-

Sebenarnya bukan seperti api yang tersebut,Sebenarnya ialah darah Muhammad.

~Adapun kejadian diri kita yang zahir ialah asalnya 4 anasir iaitu
tanah,air,api &angin,maka keempat2 itu asalnya 1 jua iaitu asal tanah air,asal air angin,asal angin api,dan asal api itu ialah Nur Muhammad dan Nur Muhammad itu pula Nur Allah.

Adapun diri yang zahir itu kepada kita seperti berikut dibawah ini:-
~Bermula tanah itu menjadi daging pada kita.
~Air itu menjadi tulang pada kita.
~Angin itu menjadi urat pada kita.
~Api itu menjadi darah pada kita.
Maka masing2 ini kerjanya didalam sembahyang.

Soal-

Tanah,air,api dan angin itu apa kerjanya di dalam sembahyang?

Jawab:-

~Adapun Af’al api itu berdiri didalam sembahyang.
~Adapun af’al angin itu rukuk didalam sembahyang.
~Adapun af’al air itu sujud didalam sembahyang.
~Adapun tanah itu duduk di dalam sembahyang.

Maka keempat2 itu dinamakan dia jasmani ertinya tubuh yang zahir.
Adapun nyawa jasmani itu rohani,maka yang bernama rohani itu tubuh Muahammad
hakikat,kerana tubuh Muhammad itu tiada bercampur dengan keempat2 anasir itu,hanya
semata2 tubuh Muhammad itu rohani.

PETIKAN DARI AL KITAB (4) : KITAB ARWAH TO ‘ KU PALOH


Apa nama tubuh kita apa nama nyawa kita ?

$
0
0

Soal-

Apa nama tubuh kita apa nama nyawa kita ?

Jawab:-

Adapun tubuh kita bernama jasmani dan nyawa kita bernama rohani, maka yang bernama
rohani itu lah tubuh Muhammad, sebab itulah kita beroleh bangsa daripada tubuh
Muhammad,maka tiap2 sesuatu yang dibangsakan dengan tubuh Muhammad itu
diharamkan atas api neraka,dan sebab itulah maka tiada boleh meninggalkan sembahyang
5 waktu,nescaya putuslah bangsa itu melainkan sebangsa dengan binatang jua adanya.

PETIKAN DARI AL KITAB (4) : KITAB ARWAH TO ‘ KU PALOH


Ketika mana Ia bernama Hu, Allah dan Rahman ?

$
0
0

Soal-
Tatkala manakah ia bernama ‘ HU’ dan tatkala manakah ia bernama ‘ Allah ‘ dan
tatkala manakah ia bernama ‘ Rahman ‘.

Jawab:-
Tatkala ‘La Takyin’ tiada nyata ia bernama ( HU ) dan tatkala ‘La Takyin’ Awal
nyatanya ia bernama ( Allah ) dan tatkala ‘La Takyin’ Sani kenyataan ia bernama
( Rahman )

PETIKAN DARI AL KITAB (4) : KITAB ARWAH TO ‘ KU PALOH


Apakah martabat la takyin, takyin awal dan takyin sani ?

$
0
0

Soal-
Akan La Takyin itu martabat apa dan Takyin awal martabat apa dan Takyin Sani itu martabat apa?

Jawab:-
Adapun La Takyin itu martabat zat mutlak dan akan Takyin awal itu martabat
zat( Muqaiyyid pertambatan) dan akan takyin sani itu Sifat ( Muqaiyyid )

PETIKAN DARI AL KITAB (4) : KITAB ARWAH TO ‘ KU PALOH


Viewing all 270 articles
Browse latest View live